Last updated on November 30th, 2021

AZHAD HARRAZ KINI BERSAMA SABAH FC

KUALA LUMPUR (28 NOVEMBER) – Skuad Projek FAM/MSN mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada Azhad Harraz Azman yang telah mengikat kontrak bersama Sabah FC bermula 1 Disember 2021.

 
Azhad Harraz Azman yang merupakan pemain yang digilap bersama pasukan Skuad Projek FAM/MSN merupakan pemain kelahiran Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).
 
Beliau merupakan penjaring kedua terbanyak Liga Premier sepanjang Musim 2021. Beliau berasal dari Semporna, Sabah dan bakat beliau mula dicungkil melalui Akademi Tunas NFDP Sabah sebelum ke AMD.
 
Selaras dengan objektif penubuhan pasukan ini iaitu untuk memberikan minit bermain yang optimum di liga profesional dan menyerlahkan bakat pemain AMD yang ada, kemasukan Azhad ke pasukan Sabah FC merupakan antara kejayaan yang sangat dibanggakan.
 
Semoga Azhad terus beraksi cemerlang bersama pasukan Sabah FC dan diberikan kejayaan di masa akan datang.
 
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status