Last updated on April 5th, 2021
ATLET TERIMA SUMBANGAN
KUALA LUMPUR, 2 APRIL – Atlet negara yang terkesan dengan banjir Januari lalu menerima sumbangan dari F&N Beverages dan MILO beserta bantuan wang tunai.
Majlis Sukan Negara Malaysia melalui kerjasama Bahagian Korporat dan Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah mengadakan satu majlis ringkas bagi Penyerahan Barangan Milo dan 100Plus kepada atlet yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Strategik) MSN, Encik Suhardi Alias.
Khairul Anuar Bin Mohamad (Sukan Memanah), Nur Khairunnisa Binti Muhamad Riduan (Sukan Muaythai) dan Muhamad Afiq Bin Mohamad Ali Hanafiah (Sukan Para Olahraga) telah hadir sebagai wakil atlet bagi menerima sumbangan dari pihak penaja.
Seramai 16 orang atlet yang tekesan dengan bencana ini iaitu 10 orang atlet dari Semenanjung (Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan) manakala 6 orang lagi terdiri dari atlet dan jurulatih dari Sabah dan Sarawak.