Last updated on Mei 9th, 2021

ATLET PARA BADMINTON BERLEPAS KE SEPANYOL

KUALA LUMPUR, 7 MEI – 3 atlet para badminton berlepas ke Sepanyol menyertai Kejohanan Para Badminton Antarabangsa Sepanyol yang akan berlangsung dari 10 hingga 16 Mei 2021.

 

Cheah Like Hou, Didin Terasoh dan M.Ikhwan Ramli diiringi jurulatih Datuk Abd Rashid Dato’ Mohd Sidek dan Woon Sze Mei akan menyertai kejohanan kelayakan terakhir untuk para badminton ke Temasya Paralimpik Tokyo 2020.

 

Liek Hou sebelum ini menjuarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Dubia yang berlangsung April lalu.

 

Dia yang menghuni ranking nombor dua dunia muncul juara kategori SU5 (kecacatan bahagian atas tubuh badan) selepas menewaskan musuh tradisinya yang juga pemain nombor satu dunia, Dheva Anrimusthi dari Indonesia 14-21, 22-20, 21-18 pada aksi final yang berlangsung di Kelab Shabab-Al Ahli Dubai.

 

Selain Liek Hou, skuad badminton para negara turut meraih dua lagi gelaran juara dalam kategori WH1 (kerusi roda) menerusi Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan dalam kategori WH2 (kerusi roda).

ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status