Last updated on April 22nd, 2021
ATLET NEGARA TERUS TERIMA VAKSIN COVID-19
KUALA LUMPUR, 16 April – Selepas kumpulan pertama atlet, jurulatih dan pegawai menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Selasa, suntikan vaksin kepada atlet-atlet negara yang diteruskan.
Hari ini 30 atlet negara daripada sukan tinju, squash, pelayaran dan powerlifting terima dos pertama vaksin COVID-19 bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras.
Terdahulu kumpulan pertama yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BionTech Selasa lalu terdiri daripada kontinjen Malaysia yang akan ke temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.
