ATLET BERBASIKAL BERSEDIA MEMBERI PERSEMBAHAN TERBAIK DI TOKYO

NILAI, 26 JUN – Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican hari ini meninjau persiapan skuad berbasikal negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Nasional Malaysia.
 
Dua pelumba negara, Mohd Azizulhasni Awang dan Mohd Shah Firdaus Sahrom kini menjalani latihan fasa akhir di Velodrom Nasional Malaysia sebelum berlepas ke Tokyo 25 Julai depan.
 
Dato’ Sri Reezal turut berkesempatan menyaksikan perlumbaan simulasi melibatkan atlet Olimpik, atlet podium dan pelapis kebangsaan.
 
Mengulas mengenai persiapan skuad berbasikal, Dato’ Sri Reezal berkata kedua-dua pelumba kini berada di tahap semangat tertinggi dan bersedia memberikan persembahan terbaik di Tokyo.
 
Dato’ Sri Reezeal turut memberikan kata-kata semangat kepada kedua-dua pelumba yang berada dalam gelembung sukan ketika ini.
 
Pada kejohanan simulasi yang berlangsung, Azizulhasni dan Shah Firdaus masing-masing memenangi acara pecut dan keirin.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status