Last updated on Ogos 9th, 2021
AARON / WOOI YIK HADIAHKAN PINGAT PERTAMA UNTUK MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Pasangan beregu lelaki, Aaron Chia / Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama negara selepas meraih pingat gangsa dalam acara badminton.
Aaron-Wooi Yik menundukkan beregu Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa di Musashino Forest Sport Plaza.
Kemenangan ini juga sebagai membalas dendam kekalahan 16-21 dan 19-21 di tangan beregu Indonesia itu semasa pertemuan mereka dalam perlawanan kedua Kumpulan D, Isnin lepas (26 Julai).
