242 ATLET, JURULATIH DAN PEGAWAI LENGKAPKAN DOS KEDUA VAKSIN

KUALA LUMPUR, 4 MEI – Seramai 242 atlet, jurulatih dan pegawai telah melengkapkan dos kedua vaksin COVID-19 hari ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertempat di Kompleks Sukan DBKL Desa Tasik.
 
Antara atlet negara yang menerima suntikan hari ini termasuklah juara All England Lee Zii Jia, Farah Ann Abdul Hadi (Gimnastik), Khairul Anuar Mohamad (Memanah), Muhamad Ziyad Zolkefli, Mohd Ridzuan Mohamad Puzi, Abdul Latif Romly (Para Olahraga), Nur Syazrin Mohd Latif, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (Pelayaran).
 
Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican turut menerima suntikan bersama-sama atlet selain Presiden Majlis Olimpik Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato’Sri Mohamad Norza Zakaria, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Dato’ Sri Megat D Shahriman Dato’ Zaharudin dan Ketua Setiausaha KBS, YBhg Datuk M.Noor Azman Taib.
 
Sukan Olimpik akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 manakala Sukan Paralimpik akan diadakan pada 24 Ogos hingga 5 September 2021. 
 
Sehingga kini seramai 13 orang atlet telah berjaya melayakkan diri ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang melibatkan 5 jenis sukan iaitu Akuatik-Terjun, Pelayaran, Berbasikal, Memanah dan Gimnastik Artistik. Manakala seramai 23 orang atlet kini berada dalam program RTT untuk proses kelayakan.
 
Terbaru atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik di Jepun dalam acara 10 meter (m) platform individu selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo.
 
Sukan Paralimpik pula seramai 10 orang atlet dari Akuatik-Renang, Memanah, Olahraga, Badminton, Boccia dan 3 slot untuk Sukan Berbasikal telah berjaya melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Manakala 14 orang atlet masih menjalani proses kelayakan yang akan tamat pada Jun ini.
ms_MYMalay
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status