Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS SERAHAN SURAT LANTIKAN KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA

YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyempurnakan Majlis Serahan Surat Lantikan YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) yang baharu, menggantikan YBrs. Encik Jefri Ngadirin yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang berlangsung di Menara KBS, Putrajaya.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan tadbir urus dan kecemerlangan organisasi dalam memacu pembangunan sukan negara ke tahap yang lebih tinggi.