Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq Johari menyempurnakan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia yang akan menyertai Temasya Sukan Olimpik Remaja 2026, Dakar yang berlangsung di Menara KBS, Putrajaya.
Kontinjen Malaysia yang diketuai Chef de Mission, Wong Weng Son akan diwakili 12 atlet yang akan menyertai 16 acara daripada 9 jenis sukan pada temasya yang akan diadakan Dakar, Senegal pada 31 Oktober hingga 13 November 2026.
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, YBrs. Puan Chan Hong Jin; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Encik Abdullah Hassan dan Ketua Pengarah MSN, YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani.
