AEON Co. (M) Bhd. meraikan kejayaan wira wirawati sukan negara yang mengharumkan nama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 menerusi satu majlis penghargaan yang berlangsung di AEON Mall Shah Alam.
Majlis ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap semangat, pengorbanan dan dedikasi atlet negara, malah menjadi platform untuk mendekatkan atlet dengan pelanggan serta komuniti yang sentiasa menyokong pembangunan sukan Malaysia.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN), YBrs. Puan Puah Pei Ling dan Timbalan Pengarah Urusan AEON, Hidekazu Iwaoka.
Sebagai Official Tier 1 Prestige Partner bagi Sukan Asia dan Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, AEON turut memeriahkan temasya menerusi pelbagai aktiviti dan promosi di pusat beli-belah, termasuk sesi ramah mesra bersama atlet negara di AEON Mall AU2 Setiawangsa, AEON Mall Tebrau City dan AEON Mall Bukit Mertajam.
Penghargaan ini mencerminkan komitmen berterusan AEON dalam meraikan pencapaian atlet serta menyemarakkan sokongan masyarakat terhadap arena sukan negara.
