Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives June 10, 2026

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Azizulhasni tampil dengan cermin mata pintar, rakam situasi di trek

Nilai: Bagi jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2026 di Velodrom Nasional, di sini bukan sekadar perlumbaan.

Bekas juara dunia itu sebaliknya turut bertindak sebagai ‘pencerita’ di dalam trek apabila memakai cermin mata pintar yang dilengkapi kamera untuk merakam pengalamannya sewaktu bersaing dalam acara keirin elit lelaki hari ini.

Bukan sahaja merakam detik perlumbaan, malah Azizulhasni berkata, dia mahu menyimpan kenangan bersama Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berangkat menyaksikan kejohanan itu.

“Tadi saya cuba merakam detik perlumbaan, tambahan pula Sultan Pahang turut berangkat. Ini satu penghargaan untuk kami (pelumba) semua. Bukan mudah untuk melihat baginda berangkat menyaksikan perlumbaan,” katanya,

Dia yang mewakili Team Azizul berkata demikian selepas meraih perak keirin elit lelaki dalam saingan yang di ungguli pelumba Johor, Shah Firdaus Sahrom, manakala gangsa milik Fadhil Zonis dari Selangor.

Pemenang pingat perak keirin lelaki Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga mengakui amat terharu dengan keberangkatan baginda ke kejohanan tersebut.

“Ini satu momen yang amat manis untuk kem berbasikal, bukan saja atlet elit negara tetapi semua pelumba basikal. Mereka semua sangat teruja tadi ambil gambar dengan Tuanku Sultan Pahang.

“Baginda memang terkenal seorang yang sporting, merendah diri dan raja berjiwa rakyat,” katanya.

Kejohanan selama empat hari yang bermula semalam berakhir Jumaat ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN TREK BERBASIKAL KEBANGSAAN DAN KEJOHANAN TREK BERBASIKAL REMAJA KEBANGSAAN 2026

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli menyaksikan perlumbaan akhir acara keirin elit dan acara perlumbaan elimination lelaki Kejohanan Trek Berbasikal Kebangsaan dan Kejohanan Trek Berbasikal Remaja Kebangsaan 2026 di Velodrom Nasional Nilai.

Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Hadir sama, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan YB. Dr. Mohammed Taufiq Johari; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Shah Firdaus tewaskan Azizulhasni

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom membuktikan dirinya semakin hampir kembali ke prestasi terbaik apabila merampas semula gelaran keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, hari ini.

Mewakili Johor, Shah Firdaus menewaskan juara keirin Piala Dunia UCI, Datuk Azizulhasni Awang yang mewakili Team Azizul dalam perlumbaan dramatik itu, manakala Fadhil Zonis dari Selangor menamatkan saingan di tempat ketiga.

Perlumbaan akhir berlangsung dalam tempo tinggi tanpa ruang untuk permainan taktikal apabila pelumba Terengganu, Harrif Saleh, yang lebih dikenali dalam acara berbasikal jalan raya, melakukan serangan awal sehingga memaksa kelompok pelumba mengejarnya.

Namun, Shah Firdaus yang terpaksa berehat panjang selepas menjalani pembedahan lutut pada penghujung tahun lalu berjaya menggunakan kelebihan posisi dan kekuatan kayuhan untuk muncul juara.

Shah Firdaus mengakui tidak menjangka mampu berdiri di podium tertinggi memandangkan masih dalam proses mendapatkan semula tahap kecergasan terbaik.

“Sebenarnya saya juga merancang untuk melakukan pecutan jauh dalam perlumbaan akhir, tetapi kebetulan Harrif bergerak lebih awal.

“Saya terus memberikan segala-galanya apabila loceng dibunyikan dan hanya berdoa supaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat. Saya tahu ada pelumba sedang mengejar dari belakang, jadi saya perlu mencipta jurang.

“Alhamdulillah saya berjaya merampas semula gelaran ini. Kali terakhir saya memenanginya adalah pada 2022.

“Sejujurnya saya tidak menjangka dapat menang kerana semua tahu keadaan saya. Saya masih belum berada pada tahap 100 peratus,” katanya.

Menurut Shah Firdaus, proses pemulihan selepas pembedahan menyebabkan dia kehilangan banyak jisim otot pada kaki kanan dan kini masih berusaha membinanya semula.

Dalam saingan keirin wanita, tiada kejutan berlaku apabila pelumba Kedah, Nurul Izzah Izzati Asri berjaya mempertahankan gelarannya.

Pencabar utama, Nur Alyssa Farid dari Johor, meraih perak manakala Anis Amira Rosidi dari Team Cahaya Mata membawa pulang gangsa.

“Saya tahu perlumbaan akhir akan menjadi sukar kerana Alyssa sangat kuat. Kami berlatih bersama dalam skuad kebangsaan dan saling mengenali kekuatan masing-masing.

“Alhamdulillah saya berpuas hati dengan prestasi hari ini dan bersyukur dapat mempertahankan pingat emas,” kata Izzah.

Pingat kemenangan disampaikan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut menyaksikan kedua-dua perlumbaan akhir keirin itu.

Terdahulu, dalam acara endurance, pelumba Perak, Yusri Shaari memenangi emas acara perlumbaan elimination lelaki mengatasi Lau New Joe dari Kuala Lumpur dan Izzat Hilmi Abdul Halil dari Johor.

Bagi acara perlumbaan mata wanita, Nur Aisyah Zubir dari Terengganu muncul juara selepas mengumpul 82 mata.

Pelumba Selangor, Yeong Zhen Yi meraih perak dengan 66 mata, manakala Khairunnisa Aleeya Saifulnizam dari Johor membawa pulang gangsa dengan 56 mata.

Esok, Azizulhasni, Shah, Izzah dan Alyssa akan kembali beraksi dalam acara pecut individu lelaki dan wanita.

PERKHIDMATAN SOKONGAN DAN PENYELENGGARAAN BAGI SISTEM AKTIF DIREKTORI (AD) MSN

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

210104 – SOFTWARE/SYSTEM DEVELOPMENT/CUSTOMIZATION AND MAINTENANCE INCLUDING DATA ENTRY, DATA PROCESSING

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri  atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin (Urusetia Perolehan)                                           : 03-89929066  

En Mohamad Zamri Napiah (Spesifikasi Pembekalan)                             : 03-89929856

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Mata ranking jadi buruan Nurul Izzah

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menganggap Kejohanan Kebangsaan Berbasikal Trek di Velodrom Nasional, Nilai sebagai medan penting untuk menambah pungutan mata Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dalam usaha memburu tiket ke Kejohanan Dunia di Shanghai, China, tahun ini.

Pemenang pingat emas acara pecut individu Kejohanan Trek Asia (ACC) 2025 itu berkata, setiap mata ranking cukup berharga walaupun kejohanan kebangsaan menawarkan jumlah mata yang lebih rendah berbanding pertandingan antarabangsa lain.

Menurutnya, sasaran utama ketika ini adalah memastikan kedudukannya berada pada tahap selesa dalam ranking dunia bagi mengelakkan sebarang risiko tercicir daripada senarai kelayakan ke Kejohanan Dunia.

“Kami memang perlu kumpul mata dan kejohanan ini juga menawarkan mata UCI. Walaupun jumlahnya tidak begitu tinggi, ia masih penting untuk kami kerana sasaran utama tahun ini adalah untuk layak ke Kejohanan Dunia.

“Kami mahu pastikan mata yang dikumpul mencukupi dan sebab itu saya perlu fokus pada kejohanan ini,” katanya.

Nurul Izzah hadir ke kejohanan itu dengan semangat tinggi selepas membantu Kedah meraih gelaran kebangsaan acara pecut berpasukan wanita buat kali kelima berturut-turut semalam.

Trio Kedah yang turut dibarisi Nurul Nabilah Mohd Asri dan Nur Fitrah Shaari mencatat masa terpantas 50.912 saat untuk mempertahankan gelaran yang dimenangi pada edisi lalu.

Dalam masa sama, Nurul Izzah turut menjangkakan saingan sengit apabila bakal berdepan pencabar utama, Nur Alyssa Mohd Farid, yang kembali beraksi pada kejohanan kebangsaan kali ini selepas tidak mengambil bahagian tahun lalu.

“Ini kali pertama saya akan bertemu Nur Alyssa tahun ini. Mungkin ia akan menjadi perlumbaan yang sukar kerana tahun lalu dia tidak bertanding. Jadi kali ini kami akan memberikan lebih daripada 100 peratus kemampuan,” katanya.

Mengulas mengenai peluang layak ke Kejohanan Dunia selepas mengharungi beberapa kejohanan utama termasuk siri Piala Negara-Negara, Nurul Izzah berkata usaha mengumpul mata masih diteruskan kerana persaingan ranking membabitkan pelumba dari seluruh dunia sentiasa berubah.

“Keadaan sekarang agak baik, tetapi proses mengumpul mata masih berjalan. Kami tidak tahu bagaimana perkembangan pelumba dan negara lain. Jadi untuk lebih selamat, kami perlu mendapatkan lebih banyak mata supaya berada dalam kedudukan yang lebih selesa untuk layak ke Kejohanan Dunia,” katanya.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR WANITA DALAM SUKAN 2026 DAN PELUNCURAN PELAN TINDAKAN WANITA DALAM SUKAN 2026-2030

Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq Johari merasmikan Seminar Wanita Dalam Sukan 2026 dan Peluncuran Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2026-2030 yang diadakan di Dewan Banquet, Casa 4 Majlis Sukan Negara.

Seminar dua hari ini melibatkan penyertaan hampir 200 peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk atlet, jurulatih, pentadbir persatuan sukan, ahli akademik, wakil badan bukan kerajaan, sektor korporat dan penggiat industri.

Bersempena dengan seminar ini juga, turut berlangsung Peluncuran Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan (PTWDS) 2026-2030 yang menggariskan lima teras strategik utama yang merangkumi keseluruhan 30 program pelaksanaan eksekutif, iaitu pengukuhan polisi dan tadbir urus, peningkatan profesionalisme, pemerkasaan penyertaan dan penglibatan, pemantapan penyelidikan dan pembangunan berasaskan data serta peluasan promosi dan advokasi rentas sektor.

Majlis perasmian turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Megat D. Shahriman Dato’ Zaharudin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin.