Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
CHEN TANG JIE – TOH EE WEI DINOBAT SELAKU OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI ASN 2025

Jaguh badminton beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, mencipta detik gemilang apabila masing-masing ditabal selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025.

Atlet para berbasikal negara, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin, dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan manakala bagi kategori Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, anugerah menjadi milik atlet para renang negara, Lim Carmen.

Penyampaian empat anugerah utama itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut menyampaikan Anugerah Kepimpinan Sukan kepada Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.

Turut hadir menyampaikan anugerah, Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol.

SENARAI PEMENANG ASN 2025

Olahragawan Kebangsaan

–       Chen Tang Jie (Badminton)

Olahragawati Kebangsaan

–       Toh Ee Wei (Badminton)

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan

–       Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin (Para Berbasikal)

Olahragawati Parlimpik Kebangsaan

–       Lim Carmen (Para Renang)

Pasukan Lelaki Kebangsaan

–       Sepak Takraw

Pasukan Wanita Kebangsaan

–       Wushu (Duilian)

Tan Cheong Min

Pang Pui Yee

Lee Jia Rong

Jurulatih Lelaki Kebangsaan

–       Ahmad Jais Baharun (Sepak Takraw)

Jurulatih Wanita Kebangsaan

–       Nor Hamizah Abu Hassan (Pencak Silat)

Anugerah Khas

–       Allahyarham Datuk Hishamuddin Aun

–       Kelab Renang Ikan Bilis

–       Petronas

Anugerah Kepimpinan Sukan

–       Datuk Mohd Sumali Reduan (Sepak Takraw)