Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PERASMIAN KEM FASA 1 SUKAN PARA ASEAN 2027

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Mordi Bimol merasmikan Kem Fasa 1 Sukan Para ASEAN 2027 yang diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Kem 3 hari bermula 11 hingga 13 Mei 2026 ini melibatkan 190 atlet Program Podium, Pelapis dan Berfasa daripada 18 jenis sukan.

Kem Fasa 1 ini memberi penekanan kepada ketahanan mental, disiplin, semangat berpasukan, integriti dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan atlet para negara melalui kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan Akademi Kenegaraan.

Majlis turut dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia , YBhg. Dato’ Sri Megat D.Shahriman Dato’ Zaharuddin; Ketua Sektor Pengurusan Psikoligi dan Kaunseling Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Kolonel Siti Normiah Marzuki dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, YBrs. Dr. Yeo Wee Kian.