Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN ANUGERAH SUKAN NEGARA 2025

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2025 yang telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan.

Pemilihan adalah berdasarkan pencapaian cemerlang tahunan oleh atlet, jurulatih, pegawai dan pertubuhan sukan tanah air sepanjang tahun 2025.

ASN mempertandingkan 11 kategori iaitu Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Khas, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Tokoh Sukan.