Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
BENGKEL SEMAKAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) BAGI SUKU PERTAMA TAHUN 2026

Majlis Sukan Negara Malaysia telah menganjurkan Bengkel Semakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi suku pertama tahun 2026 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur.

Bengkel sehari yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Ketua Pengarah MSN diadakan bagi tujuan pembentangan status pencapaian terkini semua Bahagian dan Sekretariat MSN bagi bulan Januari hingga Mac 2026. KP MSN menerusi ucaptamanya turut menyatakan kepentingan pemantauan prestasi secara berterusan bagi memastikan sasaran strategik organisasi dapat dicapai.