WIRA WIRAWATI NEGARA MERIAHKAN LARIAN BATON RATU SUKAN KOMANWEL 2018

Dihantar pada : 17 Okt 2017 | Berita

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2017 – Kehangatan Sukan Komanwel 2018 semakin terasa selepas Baton Ratu Sukan Komanwel tiba di Kuala Lumpur pada Isnin.

Berada di Kuala Lumpur selama empat hari, Malaysia menjadi negara ke 54 penjelajahan Larian Baton Ratu Sukan Komanwel 2018 selepas Sri Lanka sebelum terbang ke Brunei.

Larian dimulakan dengan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr. Mohd Khairi Zawi bersama 60 kakitangan mengelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil sejauh 1.2 kilometer sebelum diserahkan kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Datuk Ahmad Shapawi turut disertai atlet negara antaranya termasuklah Farah Ann Abdul Hadi, Tracey Ng, Nur Eli Ellina Azmi (gimnastik), Johnathan Wong, Muhd Izuan Nasir Khan (menembak), Jong Yee Khie (Powerlifting) Muhammad Afiq Afifiy Rizan (Para Cycling) dan Muhd Afiq Mohd Ali Hanafiah (Para Olahraga).

Selain itu, Sarina Sundara Rajah dan Datuk Mirnawan Nawawi antara lagenda sukan negara yang beraksi pada Sukan Komanwel 1998 yang turut memeriahkan larian baton pagi tadi.

Larian Baton Ratu Sukan Komanwel 2018 telah bermula Mac lalu di di London, England dan merentasi 70 buah negara Komanwel dengan jarak sejauh 230,000 kilometer dan memakan masa 388 hari secara keseluruhan sebelum tiba di venue edisi ke 21, Gold Coast pada April.

Sukan Komanwel akan berlangsung di Gold Coast dari 4 hingga 15 April 2018.

WIRA WIRAWATI SUKAN NEGARA MERIAHKAN LARIAN BATON RATU SUKAN KOMANWEL 2018