URUSKAN KEWANGAN SECARA BIJAK

Dihantar pada : 31 Jul 2015 | Berita

NSC_9347Pegawai dan kakitangan Majlis Sukan Negara (MSN) diingatkan agar bijak mengendalikan pengurusan kewangan masing-masing agar tidak membebankan diri sendiri dan keluarga terutama selepas musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pengarah MSN, Dato’ Ab Jalil Abdullah berkata, semua pegawai dan kakitangan MSN telah menerima gaji awal bagi bulan Julai lalu iaitu sebelum Aidilfitri dan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan rutin pengurusan kewangan masing-masing.
“Pada dasarnya akan berlaku jurang selama 56 hari selepas gaji terakhir yang lalu sebelum MSN mengeluarkan gaji bagi bulan Ogos pada 25 haribulan akan datang.
“Pihak pengurusan berharap semua pegawai dan kakitangan dapat menguruskan kewangan mereka secara bijak agar tidak membebankan diri sendiri dan keluarga sehingga menerima gaji pada bulan Ogos nanti,” katanya yang mewakili Ketua Pengarah MSN, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail pada Perhimpunan Bulanan MSN bagi Bulan Julai, di Dewan Komanwel pada Rabu.
Dato’ Ab Jalil berkata, pegawai dan kakitangan MSN juga digesa agar bersikap terbuka terhadap keputusan pengurusan dalam pemilihan bagi pengisian jawatan tetap yang ditawarkan.
Katanya, pemilihan untuk pengisian jawatan tetap di MSN dibuat mengikut proses yang ketat berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan dan untuk jawatan gred tinggi dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiauahsa Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh.
“Sehubungan itu, pemilihan pegawai dan kakitangan untuk pengisian jawatan tetap di MSN dilakukan dengan telus selepas mengambilkira pelbagai kriteria yang telah ditetapkan.
“Saya harap mereka yang tidak berjaya (bagi pengisian jawatan tetap) menerimanya dengan hati terbuka dan terus bekerja keras bagi meningkatkan mutu kerja masing-masing,” katanya.
Pada perhimpunan berkenaan, Dato’ Ab Jalil juga menyampaikan Anugerah Pekerja Cemerlang MSN untuk bulan Julai kepada Pembantu Tadbir, Nazri Ghazali (Bahagian Paralimpik) dan Pembantu Tadbir, Asmah Abdullah (Bahagian Pengurusan Sukan).

NSC_9382 NSC_9466 NSC_9456 NSC_9454 NSC_9448 NSC_9439 NSC_9425 NSC_9420 NSC_9415 NSC_9411 NSC_9374 NSC_9363 NSC_9361 NSC_9355 NSC_9353