RAJA NURSHEENA HADIAH PINGAT PERTAMA MALAYSIA DI BAKU 2017

Dihantar pada : 19 Mei 2017 | Berita
KUALA LUMPUR, 19 Mei 2017 – Raja Nursheena Raja Azhar menamatkan penantian pingat kem negara di Baku dengan menghadiahkan pingat pertama di Sukan Perpaduan Negara-negara Islam ke 4, Azerbaijan.
 
Raja Nursheena yang beraksi dalam acara 100 meter lari berpagar memenangi pingat gangsa dengan catatan masa 13.85 saat.
 
Emas milik pelari Olimpik dari Beninese, Odile Ahouanwanou manakala perak milik Nevin Yanit Baltaci dari Turki.
 
Mengulas mengenai kejayaan itu, jurulatih atlet berusia 26 tahun itu, Ithnin Mahadi menjelaskan beliau berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan Raja Nursheena di temasya kali ini.
 
“Raja Nursheena mempamer larian baik di final dengan memperbaiki season best (13.93s) yang dicatat pada Malaysia Close di Perak bulan lalu. Namun masih ada yang perlu diperbaiki dari segi teknik semasa ‘clear hurdles’ dan kelajuan antara pagar.”
 
Tambah Ithnin, kemenangan ini merupakan tonik terbaik buat Raja Nursheena mempersiapkan diri menjelang Sukan Sea Kuala Lumpur Ogos nanti.
 
Untuk rekod, Raja Nursheena turut menyumbang pingat sama pada edisi ke 3 di Palembang.
 
Raja Nursheena juga adalah pemenang pingat gangsa Sukan Sea di Myanmar pada 2013.