Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara

Dihantar pada : 07 Nov 2016 | Berita

ppbn_hdr

Menyedari kemerosotan sukan bola sepak negara, Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada tahun 2004 telah menyenaraikan sukan bola sepak dalam senarai 19 jenis sukan yang perlu diberi perhatian khusus dan dibangunkan secara pesat. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menjayakan sukan bola sepak negara, namun langkah-langkah yang diambil pada ketika itu tidak menyeluruh dan oleh itu, tidak membawa kesan positif yang mampan. Bagaimanapun, inisiatif mengenal pasti bakat telah diberi penekanan dan menjadi titik tolak kepada usaha pembangunan bakat muda sehingga ke hari ini.

Pada tahun 2006, dalam usaha mencungkil bakat baharu, sukan bola sepak negara telah dipilih sebagai salah satu daripada sukan di dalam Program Sukan Teras di bawah kendalian Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN), bagi menggantikan program Tunas Cemerlang yang telah dilaksanakan selama 17 tahun sebelum itu.Program Tunas Cemerlang yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 merupakan sebuah program pembangunan bakat sukan bola sepak di kalangan pelajar berumur 13 sehingga 15 tahun yang dikelolakan oleh MSN dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Program ini bertujuan untuk melahirkan atlet-atlet berpotensi dan mengembangkan kemahiran mereka di sekolah atau pusat latihan, dengan kemudahan asas seperti asrama, padang/gelanggang latihan dan jurulatih yang bertauliah dalam
kalangan guru untuk melatih atlet sepanjang tahun. Program ini merangkumi 42 pusat latihan melibatkan 1,295 murid dan 93 jurulatih.

Program Sukan Teras pula merupakan program pembangunan bagi melahirkan bakat sukan bola sepak di kalangan pelajar berumur antara 10 sehingga 15 tahun yang dikelolakan oleh MSN, dengan kerjasama FAM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di samping itu, sebanyak 20 pusat untuk pelajar bawah 12 tahun (B-12) yang melibatkan 24 jurulatih dan 600 murid serta 43 pusat B-15 yang melibatkan 98 jurulatih dan 1,315 murid telah turut ditubuhkan. Bagaimanapun, pendekatan tersebut telah diubah pada tahun 2009 apabila Program Sukan Teras telah dibawa ke peringkat sekolah dengan mengambil kira peranan sekolah sebagai pusat pembangunan bakat sukan yang lebih efektif dan berkesan. Pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak peringkat sekolah ini diserahkan sepenuhnya kepada KPM sejajar dengan peranan besar yang mula dimainkan oleh kementerian berkenaan dalam pembangunan sukan. KPM telah melaksanakan program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) yang melibatkan tujuh jenis sukan, termasuk sukan bola sepak.

ppbn_01

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, sila download fail PDF berikut:

(selanjutnya…)