MENTERI RASMI SURAU AL-FAIZIN

Dihantar pada : 09 Jul 2015 | Berita

  NSC_8284  NSC_8281

NSC_8362  NSC_8328  NSC_8293

Surau Al-Faizin adalah nama yang dipilih untuk surau baharu Majlis Sukan Negara (MSN) yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB En Khairy Jamaluddin pada Rabu, 8 Julai yang lalu.

Pemilihan nama ini dianggap bertepatan kerana bermaksud sentiasa berada dalam hal dan kondisi kemenangan, amat sesuai bagi melambangkan tekad dan kegigihan atlet negara untuk sentiasa berada dalam situasi kemenangan berdiri megah di atas podium pentas sukan antarabangsa.

Dalam ucapan perasmiannya, YB En Khairy berharap MSN akan menjayakan pelbagai program bagi mengimarahkan surau baharu itu seperti menganjurkan kelas-kelas pengajian fardhu ain termasuk al-Quran secara berterusan ataupun berkala.

“Atlet bukan sahaja bergantung kepada bakat atau kemahiran fizikal yang dimilikinya tetapi juga perlu mempunyai daya ketahanan mental dan kekuatan rohani yang tinggi.

“Atlet perlu dipupuk dengan nilai-nilai agama dan kerohanian bagi meningkatkan jati diri, sekali gus memastikan mereka lebih fokus secara spiritual bagi memburu kecemerlangan dalam sukan.

“Kemudahan surau ini diharap dapat membantu atlet negara ke arah pembentukan jati diri yang lebih baik selain dapat melakukan amal ibadah dengan lebih selesa dan tersusun,” katanya.

Pegawai dan kakitangan MSN serta atlet negara yang menghuni di asrama Casa Bukit Jalil, sebelum ini menggunakan kemudahan surau yang terletak di Casa 2 menempatkan hanya kira-kira 100 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa.

Memandangkan keperluan untuk menyediakan pusat ibadah yang lebih selesa dan sesuai, pihak pengurusan MSN bersetuju untuk mendirikan sebuah surau di tapak berhadapan Casa 2 yang dahulunya sebuah taman dan kolam air pancut.

Tapak bagi surau telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk kerja-kerja pembinaan pada 18 Disember 2012. Projek pembinaan surau yang bernilai RM2.3 juta ini telah dilakukan oleh Syarikat SDE Bina Sdn Bhd dan memakan masa selama 29 bulan.

Majlis penyerahan surau telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Ir. Cheong Pui Keng kepada MSN pada 2 April 2015. Majlis pertama yang dianjurkan di surau ini ialah Majlis Penghayatan dan Pembudayaan al-Quran (MPPQ) serta Qiam Dhuha dan solat Asar yang diadakan pada 10 April 2015 (Jumaat).

Surau baharu ini boleh menempatkan sehingga 500 orang jemaah dalam satu-satu masa. Antara kemudahan lain yang terdapat di surau ini ialah ruang wuduk dan tandas lelaki dan wanita, mini perpustakaan, ruang pejabat dan bilik imam.

Majlis Sukan Negara juga telah mengemukakan permohonan bagi surau ini diiktiraf sebagai rumah ibadah bagi menunaikan Solat Jumaat kepada Pejabat Mufti, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), April lalu.

Jika permohonan itu diluluskan, surau ini akan memberikan kemudahan untuk menunaikan Solat Jumaat kepada pegawai kakitangan MSN dan atlet negara, selain warga setempat seperti kakitangan dan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS), Institut Sukan Negara (ISN) dan pekerja Taman Teknologi Malaysia (TPM) berhampiran.