KHAIRUL, JIN WEI TERIMA INSENTIF KHAS DARI 100 PLUS

Dihantar pada : 12 Okt 2017 | Pelbagai

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2017 – Raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan dan jaguh badminton kebangsaan Goh Jin Wei Wei masing-masing menerima ganjaran wang tunai RM10,000 dari penaja, 100PLUS.

Khairul mengegar arena olahraga negara apabila memenangi acara 100 meter manakala Jin Wei menghasilkan emas buat negara dalam acara final perseorangan wanita pada temasya KL 2017 lepas.

Kedua-dua atlet itu adalah duta jenama 100 PLUS.

Jin Wei bagaimanapun tidak hadir kerana sedang menyertai Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Yogyakarta, Indonesia.

Khairul Hafiz ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada 100 PlUS, jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) dan rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepadanya hingga mampu bergelar pelari terpantas di Asia Tenggara ketika ini.

Selain Khairul dan Jin Wei, Duta Jenama 100PLUS lain termasuklah Datuk Lee Chong Wei, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Goh V Shem, Tan Wee Kiong dan Ahmad Khairul Anuar Ahmad Zamri.