JAWATAN KOSONG

Dihantar pada : 23 Jun 2017 | Pelbagai

Kami mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan, berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi jawatan bertaraf KONTRAK seperti berikut:-

PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 (ELEKTRIKAL) – 1 KEKOSONGAN

 PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 (PERKAYUAN) – 1 KEKOSONGAN

PENEMPATAN: VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN

 

Syarat Lantikan:

  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 – 1 KEKOSONGAN

 PENEMPATAN: VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN

 

Syarat Lantikan:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:

  • A0/A1 : RM1,435.12
  • A4-2/A4-1/A4 : RM1,493.24
  • B0-2/BO-1/B0/B1/B4 : RM1,551.36
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 – 1 KEKOSONGAN

 PENEMPATAN: VELODROM NASIONAL, NILAI, NEGERI SEMBILAN

 

Syarat Lantikan:

  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

CARA MEMOHON

 

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web Majlis Sukan Negara Malaysia di nsc.gov.my.<<Klik untuk Muatturun>>
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen yang DISAHKAN seperti berikut:-
  • Salinan Sijil PMR/PT3/SPM/STPM dan setaraf;
  • Salinan Diploma/Ijazah dan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan kad pengenalan.
  1. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.

 

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 14 JULAI 2017 (JUMAAT) melalui emel recruitment@nsc.gov.my atau dialamatkan kepada:- 

Cawangan Sumber Manusia

Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur