HSN2017 DISAMBUT MERIAH SELURUH NEGARA

Dihantar pada : 16 Okt 2017 | Berita

KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2017 – Sambutan Hari Sukan Negara 2017 peringkat Majlis Sukan Negara berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti diadakan seperti senamrobik, sepak takraw, bola jaring dan tarik tali lelaki dan wanita.

HSN disambut pada Sabtu kedua setiap Oktober bermula 2015 dengan tujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan budaya bersukan

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato Ahmad Shapawi Ismail tidak ketinggalan menyertai aktiviti yang diadakan.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Lokman Hakim Ali turut memeriahkan sambutan dengan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dalam pada itu, Hari Sukan Negara 2017 menampilkan sambutan berbeza tahun ini apabila atlet-atlet negara pulang ke negeri masing-masing memeriahkan acara tahunan tersebut.

Wira dan wirawati negara yang beraksi pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 diberi penghormatan memeriahkan sambutan HSN yang disambut pada 14 Oktober tahun ini.

Antara atlet yang terlibat sambutan HSN peringkat negeri termasuklah atlet terjun Ahmad Amsyar Azman dan boling padangn Daeng Dhadyry yang pulang ke Perlis, Shree Sharmini dan P.Madhuri (Karate) Kedah serta Pandelela Rinong (Terjun) dan Loh Jack Chang (Wushu) di Sarawak.