DIALOG TN50 : SAMBUTAN POSOITIF DARI WARGA SUKAN

Dihantar pada : 14 Jun 2017 | Berita

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2017 – Sesi Dialog Transformasi Negara 2050 (TN50) bersama Warga Sukan mendapat sambutan positif daripada 1000 warga sukan yang hadir.

Pada sesi dialog ke 33 yang diadakan di Majlis Sukan Negara itu, 63 aspirasi dilontarkan daripada pelbagai pihak dalam bidang sukan antaranya atlet-atlet negara, pelajar sekolah sukan, jurulatih, pegawai sukan, penggiat sukan, media, syarikat-syarikat berkaitan sukan dan lain-lain.

Aspirasi-aspirasi TN50 yang dikongsikan termasuklah peranan sekolah dalam membentuk bakat sukan dari peringkat akar umbi,  nilai-nilai kemasyarakatan yang diperlukan untuk membantu perkembangan sukan, ekosistem yang lebih mantap bagi membantu warga Orang Kurang Upaya(OKU), perkembangan industri sukan yang dapat membantu pembiayaan sukan secara keseluruhan dan perancangan untuk atlet selepas bersara daripada bidang sukan.

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, pelumba negara Jazeman Jaafar, pemenang pinngat emas Sukan Paralimpik 2016 Muhammad Ziyad Zolkefli dan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei antara yang berkongsi aspirasi bersama orang ramai.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aspirasi jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang yang mahu kerajaan mempertimbangkan sistem simpanan kewangan bagi atlet, YB Menteri Belia dan Sukan, Brig Jen Khairy Jamaluddin berkata aspirasi itu akan dimasukkan ke dalam laporan TN50.

“Saya sudah lama melihat kepada isu pasca kerjaya ini dan antara pendekatan kita adalah melalui program MACE dan juga program di bawah Majlis Olimpik Malaysia.  Satu permintaan atlet mengenai skim caruman yang modulnya seperti KWSP di mana sebahagian carumannya dibuat atlet dan lebihannya daripada kerajaan ataupun persatuan. Ia satu cadangan yang boleh difikirkan.”