KENYATAAN TAWARAN TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN(KENDERAAN & JENTERA AWAM)

Dihantar pada : 06 Mac 2017 |
  1. Tender adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut :
Bil.Keterangan AsetNo.KuantitiHarga SimpananDeposit Tender
Pendaftaran
1CHEVROLET SONICWYB 56411RM400.00RM40.00
2MPV NAZA CITRAWNT 66541RM3,000.00 RM300.00
3MPV NAZA CITRAWNT 67091RM3,000.00 RM300.00
4VAN TOYOTA HIACEWMK 79521RM5,000.00 RM500.00
5JIP FORD EVERESTWMY 47341RM8,000.00 RM800.00
6JIP MITSUBISHI PAJEROWLQ 20081RM9,000.00 RM900.00
7GRASSHOPPER ROTARY MOWER T21-D-1RM100.00RM10.00
8RYAN JR SOD CUTTER HONDA GX160-1RM150.00RM15.00
9HYDROAMAN 321-2WD-1RM150.00RM15.00
  1. Aset boleh dilihat pada 6 Mac 2017 hingga 20 Mac 2017 (hari berkerja) di antara 9:00 pagi hingga 12.00 tengahari (sesi 1) dan 2.00 petang hingga 5.00 petang   (sesi 2) di Majlis Sukan Negara Malaysia.
  1. Tawaran boleh dibuat dengan menggunakan Borang Tender Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA-22) yang boleh diperolehi di Tingkat 4, Unit Pentadbiran, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil atau di laman web Majlis Sukan Negara nsc.gov.my. Tempoh sah laku tawaran adalah 60 hari. Muat turun borang >>Klik<<
  1. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan ditanda No. Tender MSN/PGN 1/2017 dan dihantar ke dalam Peti Tender di alamat :

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA,

KOMPLEKS SUKAN NEGARA,

BUKIT JALIL, SRI PETALING,

57000, KUALA LUMPUR.

 

  1. Tender akan ditutup pada 20 Mac 2017 (Isnin) jam 12.00 tengahari. Tender yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

SYARAT DAN PERATURAN TENDER

 

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  1. Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit tender sebanyak 10% daripada harga simpanan aset. Deposit tender hendaklah dalam bentuk kiriman wang/wang pos/draf bank/banker’s cheque atas nama MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA.
  1. Tawaran tanpa/kurang deposit tender tidak akan dipertimbangkan.
  1. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).
  1. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  1. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
  1. Petender yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemberitahuan keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit tender tidak akan dikembalikan.
  1. Petender yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.