SEBUT HARGA BAGI PEMBEKALAN TONER MESIN PENCETAK BAGI KEGUNAAN PEGAWAI DAN ANGGOTA MSN TAHUN 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang merupakan “Authorized Reseller”bagi jenama toner Hewlett-Packard (HP) dan Canon yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

        020601 – ALATULIS (TIDAK TERMASUK BORANG DAN SEMUA JENIS KERTAS)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/007/2024 (S)
TAJUK SEBUT HARGA : SEBUT HARGA BAGI PEMBEKALAN TONER MESIN PENCETAK BAGI KEGUNAAN PEGAWAI DAN ANGGOTA MSN TAHUN 2024
TARIKH BUKA : 16 FEBRUARI 2024 (JUMAAT)
TARIKH TUTUP : 22 FEBRUARI 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat, Surat Pengesahan “Authorized Reseller” bagi jenama toner Hewlett-Packard (HP) dan Canon serta satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga WAJIB diisi dengan lengkap, mana-mana dokumen yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Noor Azura Nurul Akla (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929946

Muat Turun : <iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>