Program Paralimpik

PROGRAM LATIHAN PARALIMPIK

Program Senior Paralimpik

  • Melibatkan 13 jenis sukan sepenuh masa.
  • Pusat latihan di Pusat Kecemerlangan Sukan Kg. Pandan.
  • Atlet menerima kemudahan penginapan, makan dan elaun.
  • Statistik terkini atlet sepenuh masa adalah seramai 135 orang atlet di bawah tanggungan MSN.

Program Pelapis Paralimpik

  • Menjalinkan kerjasama erat dengan pemegang taruh utama sukan para peringkat negeri seperti Jabatan Belia Dan Sukan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran, Jabatan kebajikan Masyarakat, PESRON serta Persatuan Sukan Para.
  • Fokus kepada 6 jenis sukan iaitu (Olahraga, Badminton, Memanah, Ping Pong, Powerlifting & Renang).
  • Pusat latihan di negeri-negeri.
  • Statistik terkumpul atlet pelapis para adalah seramai 165 orang atlet di seluruh negeri.

 

Program Bakat Paralimpik

  • Tujuan untuk memperkenal dan menyediakan peluang kepada atlet-atlet muda untuk menceburi pelbagai jenis sukan di peringkat akar umbi.
  • Seramai 58 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk Program Bakat yang telah diadakan di Perkeso Melaka pada 15 Mac 2016 .Demo oleh jurulatih dan atlet untuk 6 jenis sukan iaitu (Lawan Pedang, Memanah, Olahraga, Ping Pong, Powerlifting dan Renang).