Program Atlet

header1

PROGRAM KITA JUARA 2017

Malaysia akan menjadi tuan rumah Temasya Sukan SEA ke 29 pada tahun 2017 . Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin telah mengumumkan satu program Khas akan dilaksanakan bagi mempersiapkan atlet menyertai temasya dwi tahunan berkenaan. Sasaran program ini adalah bertujuan untuk menjadi juara keseluruhan pada temasya berkenaan. Setelah pengumuman ‘Model Sukan Baharu’ oleh Yang Berhormat Menteri pada 12 Januari 2015 yang lalu, pendekatan MSN kepada pemegang taruh bagi menjayakan Projek Kita Juara 2017 adalah dengan cara ‘Empowerment’ kepada Persatuan Sukan yang terlibat.

Atlet

Atlet senior yang berumur 21 tahun ke atas / terbuka berdasarkan pencapaian atlet tersebut. Atlet senior akan menjalani latihan samada secara sepenuh masa, berfasa ataupun harian. Atlet dibawah Projek Sukan SEA 2017 dipilih berdasarkan beberapa kriteria berikut :

Kiteria-Pemilihan-Kita-Juara

Pusat Latihan

Atlet-atlet yang ditawarkan ke program Senior akan berlatih di pusat – pusat latihan Kebangsaan. Antara pusat latihan yang terlibat ialah :

BILSUKANPROGRAM LATIHANPUSAT LATIHAN
1AKUATIK RENANGSEPENUH MASAPUSAT AKUATIK BUKIT JALIL
AKUATIK RENANG BERIRAMASEPENUH MASAPUSAT AKUATIK BUKIT JALIL
AKUATIK TERJUNSEPENUH MASAPUSAT AKUATIK BUKIT JALIL
2ANGKAT BERATSEPENUH MASAPUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT SENIOR KEBANGSAAN
(PAVILION MSNM)
3BADMINTONSEPENUH MASASTADIUM JUARA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT KIARA
4BERBASIKALSEPENUH MASA1. MSNM
2. VELEDROM CHERAS
5BINA BADANSEPENUH MASAAZMAS PRO FITNESS GYM, BANDAR TASIK SELATAN
6BOLA JARINGBERFASASTADIUM JUARA, KOMPLEKS SUKAN BUKIT KIARA
7BOLA KERANJANGBERFASASTADIUM MABA
8BOLA SEPAKBERFASAFAM, KELANA JAYA, SELANGOR
9BOLA TAMPARBERFASADEWAN BOLA TAMPAR MBSA, SHAH ALAM, SELANGOR
10EKUESTRIANBERFASATAMAN EKUESTRIAN PUTRAJAYA
11GIMNASTIK ARTISTIKSEPENUH MASAGIMNASIUM 3, MSN
GIMNASTIK GIMRAMASEPENUH MASAGIMNASIUM 2, MSN
12GOLFBERFASAMINES GOLF RESORT, SERI KEMBANGAN /KLGCC
13HOKI ( L & P )SEPENUH MASASTADIUM HOKI BUKIT JALIL
14HOKI AISBERFASASUNWAY PYRAMID
15KARATE - KATASEPENUH MASAPUSAT LATIHAN KEBANGSAAN PULAU PINANG
KARATE - KUMITESEPENUH MASADEWAN KARATE, ISN
16KRIKETBERFASAKINRARA OVAL
17LAWAN PEDANGSEPENUH MASAGIMNASIUM 3, MSN
18LAWN BOWLSSEPENUH MASABAYU EMAS, KLANG, SELANGOR
19LUNCUR AISBERFASATBC
20MEMANAHSEPENUH MASALAPANG SASAR MEMANAH, MSN
21MENEMBAKSEPENUH MASALAPANG SASAR GIMNASIUM 3, MSN
22OLAHRAGASEPENUH MASA1. STADIUM MINI BUKIT JALIL
2. STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
3. SEKOLAH SUKAN MALAYSIA, GAMBANG, PAHANG
23PELAYARANSEPENUH MASAKOMPLEKS SUKAN PELAYARAN LANGKAWI
24PENCAK SILATSEPENUH MASATINGKAT 8, CASA 1 MSN
25PETANQUEBERFASAKOLEJ VOKASIONAL GOMBAK
26PINGPONGSEPENUH MASAGIMNASIUM 3, MSN
POLOBERFASATAMAN EKUESTRIAN PUTRAJAYA
POLO AIRBERFASATBC
27RAGBIBERFASACOBRA CLUB, PETALING JAYA
28SEPAK TAKRAWSEPENUH MASA1. GIMNASIUM2 MSN (L)
2. MSN KERAMAT (W)
29SKI AIRSEPENUH MASAKOMPLEKS SUKAN AIR PUTRAJAYA
30SKUASYSEPENUH MASA1. KOMPLEKS SKUASY NASIONAL
2. SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
31SNUKER & BILLIARDSEPENUH MASAGOLD 9, SRI PETALING (SEMENTARA)
32TAEKWONDOSEPENUH MASA1. GIMNASIUM 3, MSN - KYORUGI
2. CASA 1, MSN - POOMSAE & YOG
33TENISSEPENUH MASAKOMPLEKS TUN RAZAK, JALAN DUTA
34TENPIN BOLINGSEPENUH MASA1. SUNWAY PIRAMID MEGALANES
2. ENDAH PARADE, KUALA LUMPUR
35TINJUSEPENUH MASAMSN KERAMAT
36TRIATHLONBERFASATBC
37WUSHUSEPENUH MASAGIMNASIUM 1, MSN

Program Latihan

PROGRAM_BHGN_ATLET_latihan

Atlet akan didedahkan dengan pelbagai program binaan dan pertandingan bergantung kepada perancangan MSN bersama pemegang taruh mengikut sukan masing-masing. Antara program binaan yang akan diberikan ialah :

  • Pertandingan Dalam dan Luar Negara
  • Latihan Pendedahan Dalam dan Luar Negara
  • Bengkel
  • Klinik
  • Mesyuarat
  • Kem Motivasi
  • Penganjuran Kejohanan
  • Khidmat Masyarakat

header2

 

PELAPIS KEBANGSAAN

Kumpulan atlet Pelapis Kebangsaan merupakan atlet remaja terbaik negara yang dipilih bagi memastikan negara sentiasa mempunyai kumpulan atlet sokongan kepada atlet Senior dan Podium sedia ada bagi meneruskan cabaran di temasya sukan di peringkat yang lebih tinggi.

Atlet yang dipilih ditempatkan secara sepenuh masa di pusat-pusat latihan Kebangsaan dan akan diberi kemudahan latihan dan sokongan sebagaimana atlet senior negara. Atlet-atlet ini nanti diberi peluang selama dua pusingan Sukan Sea untuk mempertingkatkan prestasi mereka dan melayakkan diri untuk ditempatkan di kelompok atlet Senior negara.

 

PELAPIS SERANTAU

Majlis Sukan Negara telah menubuhkankan Akademi Serantau Zon Utara di Bukit Mertajam dan Akademi Serantau Zon Selatan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus Larkin Johor pada tahun 2008.

Pada tahun 2012, pihak Majlis telah dinasihatkan untuk memindahkan Akademi Serantau Zon Selatan diatas sebab pengambil alihan pengurusan Perbadanan Stadium oleh Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Oleh yang demikian, pihak Majlis telah membuat keputusan untuk memperkukuhkan program latihan di Akademi Serantau Zon Utara dengan memindahkan kesemua atlet dan jurulatih ke sana dan turut menamakan Akademi Serantau Majlis Sukan Negara.

Pihak Majlis juga turut menubuhkan Pusat Latihan Serantau di pusat-pusat latihan yang cemerlang di peringkat negeri. Ini bagi membolehkan satu program latihan sepenuh masa yang lebih sistematik dapat dilaksanakan di pusat latihan tersebut.

(Melalui penubuhan Akademi Serantau di peringkat zon ini, lebih ramai atlet muda berbakat diberi peluang untuk menjalani latihan sepenuh masa di bawah kendalian jurulatih-jurulatih yang berpengalaman).

PROGRAM_BHGN_ATLET_pelapis

header3

 

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ,Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bajet Khas sukan untuk Program 6 Sukan Pilihan yang terdiri daripada sukan Akuatik Renang, Badminton, Berbasikal, Bola Sepak, Olahraga dan Sepaktakraw. Sukan Bola Sepak dilaksanakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Objektif program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan organisasi PSK melalui “Empowerment”, mencungkil bakat-bakat baru, memperluaskan tapak penyertaan, menambah kemudahan sukan, memperkemaskan dan memperbanyakkan pertandingan dan untuk melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan.

Strategi pelaksanaan program ini adalah melalui kerjasama dengan pemegang taruh, memperkasakan (empowerment) pemegang taruh di dalam melaksanakan program latihan, mewujudkan budaya prestasi tinggi di semua peringkat latihan, menetapkan sasaran (KPI) yang perlu dicapai serta memperkenalkan dan memperkukuhkan khidmat sains dan perubatan sukan di peringkat awal dengan kerjasama ISN.

Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan dengan mmemperkukuhkan lagi organisasi PSK, menguruskan bakat dengan lebih efisyen, memperluaskan dan menambah tapak penyertaan, menambah kemudahan sukan sedia ada, mewujudkan pertandingan dalam dan luar negara yang kompetitif serta melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertauliah.

Klasifikasi Umur Mengikut Program

PROGRAM_BHGN_ATLET

header4

 

Atlet bakat ataupun sebelum ini dikenali sebagai Program Penggalakkan Sukan merupakan salah satu inisiatif baru Majlis Sukan Negara untuk mengembangkan program pembangunan di peringkat akar umbi. Selain daripada itu, program ini juga turut berperanan sebagai program penggalakan yang memudahkan proses pencarian bakat-bakat baru dan secara tidak langsung akan meluaskan lagi tapak penyertaan atlet. Program ini dilaksanakan oleh pihak USPTN bagi memastikan pusat latihan negeri (PLN) sedia ada tidak ketandusan bakat baru yang boleh di serapkan ke PLN untuk menjalani latihan harian.

Antara objektif program Bakat ini ialah dengan menyediakan peluang latihan kepada atlet muda yang berbakat seawal mungkin serta memberi peluang kepada sekolah dan kelab yang aktif dan berminat untuk bersama-sama membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Pelaksanaan

Bantuan akan diberikan kepada program ini dari segi kepakaran jurulatih, peluang pendedahan pertandingan, peralatan asas serta program binaan.

Murid yang berumur 12 tahun kebawah akan menjalani TID dibawah kendalian ISN bersama KPM dan seterusnya akan ke fasa Multilateral dimana murid-murid yang terpilih akan diletak dalam pemerhatian bagi mengetahui sukan yang bersesuaian berdasarkan bakat murid tersebut. Setelah dikenalpasti, mereka akan diserap ke dalam program atlet Bakat untuk fasa yang seterusnya.

Atlet yang diberi keutamaan dalam program ialah dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun dan mereka akan menjalani latihan 3 kali seminggu selama 7 bulan dibawah bimbingan jurulatih sambilan. Jurulatih dari PLN akan membimbing jurulatih Bakat agar selari dengan program yang dilaksanakan di PLN.

Maklumat Sukan

Sebelum ini sukan yang terlibat di dalam Program Penggalakan Sukan ini ialah sukan angkat berat, akuatik renang, berbasikal, badminton, gimnastik, memanah serta olahraga. Kini, peringkat bakat akan melibatkan kesemua 19 sukan teras iaitu Akuatik (Renang), Akuatik (Terjun), Angkat Berat, Badminton, Berbasikal, Gimnastik (MAG), Gimnastik (WAG), Gimrama, Hoki, Memanah, Menembak, Olahraga, Pelayaran, Taekwondo, Tinju dan Wushu.

 

header5

 

Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri ataupun lebih dikenali dengan nama singkatan USPTN merupakan unit di bawah naungan Bahagian Atlet, MSN yang dulu dikendalikan oleh Cawangan Pelapis (kini menjadi Bahagian Atlet bersama Cawangan Elit.

Unit ini berada di MS Negeri masing-masing dimana semua hal ehwal program latihan, kewangan dan pentadbiran adalah dibawah seliaan dan arahan Majlis. Walaubagaimanapun, USPTN masih betanggungjawab kepada MS Negeri dalam beberapa perkara.

Sukan yang ada dibawah program USPTN adalah 19 sukan teras MSN dimana atlet berada dibawah program Pelapis Negeri. Walaubagaimanapun sukan adalah berbeza di setiap negeri mengikut kemudahan dan Pusat Latihan yang ada. Atlet-atlet berpotensi di bawah program Pelapis Negeri yang berpotensi dan menunjukkan prestasi cemerlang akan diserapkan ke program yang lebih tinggi sama ada ke program Pelapis Serantau, Pelapis Kebangsaan ataupun Senior berdasarkan kelayakan yang dicapai.

Atlet Pelapis Negeri berlatih secara separa masa iaitu 3 hingga 5 hari dalam seminggu dibawah bimbingan Jurulatih Separa Masa (JSM), Jurulatih Penuh Masa (JPM) ataupun Jurulatih Luar Negara (JLN) di pusat-pusat latihan negeri. Kebanyakkan atlet masih bersekolah di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.