Pendidikan

Raw220471Majlis Sukan Negara sentiasa memastikan atlet yang masih di bangku sekolah mendapat keseimbangan dalam bidang akademik dan sukan dalam usaha melahirkan atlet berpengetahuan (thinking athletes). Sehubungan itu, semua atlet di bawah program Majlis yang masih bersekolah diberi tempat di Sekolah Sukan bagi meneruskan pengajian mereka dan pada masa yang sama, dapat mengembangkan bakat dalam bidang sukan di bawah program persediaan atlet Majlis.

 

Atlet negara juga diberi peluang seluas-luasnya untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading dengan kemasukan kelayakan yang minimum agar satu hari nanti, mereka mempunyai segulung ijazah untuk mendapatkan kerjaya sekiranya sudah meninggalkan bidang sukan.

Kemasukan Ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya atlet/pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu iaitu:

  • Ujian Mengenalpasti Bakat (TID)
  • Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang tahun.
  • Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.

  8RW Half Wushu CFY&CFW Cheng 1

Program Pra-Universiti Sekolah Sukan Malaysia

Program PraU mula dilaksanakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) pada Jun 2000. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama KPM-MSN-UPM. Program Prauniversiti ini telah diiktiraf setaraf dengan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai syarat kelayakan kemasukan ke Institusi Pengajian Awam (IPTA).

Syarat-syarat kemasukan ke program ini adalah seperti berikut:

  • Mewakili Negara/ berpotensi mewakili Negara
  • Telah menduduki peperiksaan SPM dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia & Sejarah.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun masuk.
  • Aktif dalam bidang sukan yang diceburi secara berterusan dan diiktiraf Majlis Sukan Negara dan persatuan sukan kebangsaan.
  • Lulus temuduga oleh jawatankuasa pemilihan jika diperlukan.

Permohonan ke program PraUniversiti adalah secara online dan boleh diakses melalui Portal KPM: www.moe.gov.my

Peluang Melanjutkan Pengajian Ke IPTA/IPTS

Konvo atlet UPM Raw220470 Konvo atlet UPM 3

Sistem permohonan kemasukan ke IPTA bagi atlet/pelajar lepasan SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma atau setaraf adalah secara online.
Sila layari http://upu.mohe.gov.my.

Syarat-syarat tambahan bagi atlet/pelajar untuk sokongan MSN:

  1. Semua atlet yang bergiat aktif dalam bidang sukan yang diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara.
  2. Sekurang-kurangnya mewakili negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) atau Kejohanan Kebangsaan.

MSN telah menandatangani perjanjian persefahaman MoU dengan 11 buah IPTS yang menawarkan kemudahan-kemudahan berikut:

  • Atlet diberi kelonggaran syarat kemasukan yang minimum dan fleksibel.
  • Atlet diberi pelepasan /penangguhan pengajian untuk menyertai latihan, kejohanan atau program rasmi MSN.
  • Pihak IPT juga akan menawarkan biasiswa berbentuk yuran pengajian berdasarkan pencapaian dan prestasi sukan setiap atlet/pelajar.
BILINSTITUSI PENGAJIAN TINGGILAMAN WEB
1Open University Malaysiawww.oum.edu.my/
2Allianze University of Medical Scienceswww.acms.edu.my/
3Berjaya University College of Hospitalitywww.berjaya.edu.my/
4Cyberlynx International Collegewww.cyberlynx.edu.my/
5Erican Collegewww.erican.edu.my/
6Help Universitywww.help.edu.my/
7SEGi Universitywww.segi.edu.my/
8Sunway Universitywww.sunway.edu.my/
9TAR Collegewww.tarc.edu.my/
10Taylor’s Universitywww.taylors.edu.my/
11University Tunku Abdul Rahmanwww.utar.edu.my/

Kaedah Permohonan:

  • Semua permohonan kemasukan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman web IPT yang berkenaan.
  • Satu salinan cetakan permohonan perlu diserahkan kepada Unit Pendidikan, Cawangan Hal Ehwal Atlet, MSN
  • Semua permohonan pengecualian yuran pengajian perlu disertakan dengan surat pengesahan yang akan dikeluarkan oleh Unit Pendidikan, Cawangan Hal Ehwal Atlet, MSN.

Biasiswa Pengajian

Atlet di bawah program MSN yang berjaya mendapat tawaran pengajian di peringkat Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana layak memohon Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia dan Sukan ATAU Biasiswa Sukan IPT Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maklumat Lanjut: