Kaunseling

MSN_4297

Kaunseling adalah:

  • Satu proses menolong secara peribadi dibina atas hubungan mesra ;
  • Satu proses membantu klien (atlet|jurulatih|pegawai ) mengenal kerangka dalaman dirinya;
  • Satu proses mengembang kebolehan dan kemampuan klien ;
  • Satu proses teraputik (membaiki, memupuk, memulih dan mengembang );
  • Satu proses yang melibatkan perhubungan yang terkawal, selamat dan mempunyai etika;
  • Satu proses yang membawa perubahan perlakuan sikap dan pemikiran;
  • Satu proses membantu klien menghadapi hidup dengan realistik;
  • Membantu klien dengan menyesuaikan diri dengan alam persekitaran dan kehendak masyarakat;
  • Membantu klien menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kaunseling bukan:

  • Kaunseling bukan aktiviti memberi nasihat, membuat cadangan atau saranan.
  • Kaunseling bukan aktiviti menemu bual.
  • Kaunseling bukannya aktiviti penyaluran individu kepada pekerjaan.
  • Kaunseling bukannya tindakan mengancam, memaksa atau memujuk.

Fungsi Unit Kaunseling Dan Kerjaya

  • Membantu klien (atlet|jurulatih|pegawai ) untuk memahami diri dan situasi;
  • Menyediakan alat-alat ujian dan inventori psikologi untuk keperluan atlet
  • Menerima realiti hidup;
  • Membuat perancangan realistik;
  • Menyedari tanggung jawab dan perbuatan diri;
  • Boleh menyesuaikan diri;
  • Memantapkan peribadi ,mengawal emosi dan tingkah laku;
  • Menjadi individu yang berguna.

Bagaimana Kaunseling Boleh Dijalankan

  • Bersemuka
  • Dalam Talian

Bentuk Kaunseling Yang Dijalankan

  • Individu
  • Keluarga
  • Kelompok

Asas Yang Dipegang Dalam Kaunseling

  1. Etika Kerahsiaan
  2. Empati
  3. Saling Mempercayai

Cara Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Sesi Kaunseling

Sila hubungi pegawai yang bertanggungjawab: –

Bahagian Atlet – Puan Nazlin Shima Rosli (#9015)

Bahagian Paralimpik – Puan Amy Jasmin Hassan Rashidi (#9025)

MSN_4305

Garis Panduan Perkhidmatan Kaunseling

  • Mengambil kira Kod Etika Perakuan Amalan Kaunseling Lembaga Kaunselor Malaysia di bawah seksyen 26(2)
  • Memaklumkan kepada klien langkah kerahsiaan.
  • Memaklumkan kepada klien tempoh data disimpan
  • Mendapat kebenaran dan persetujuan daripada Pengurus Sukan dan Jurulatih bagi klien yang di rujuk.
  • Pengurus Sukan atau jurulatih hendaklah mengisi borang pelepasan dan permohonan untuk sesi kaunseling bagi atlet yang hendak dirujuk.
  • Pengamal Kaunseling hendaklah mengisytiharkan kemahiran yang ada kepada klien.
  • Klien hendaklah mengisi borang temujanji yang telah disediakan sekiranya ingin mengadakan sesi temujanji atau panggilan telefon dengan Pengamal Kaunseling.
  • Menyatakan jenis-jenis masalah yang tidak boleh ditangani oleh Pengamal Kaunseling kepada klien.
  • Menyediakan dan menyelenggarakan rekod sesi kaunseling dan program/aktiviti bagi tujuan interpretasi, tindakan susulan dan statistik.
  • Menjaga keselesaan dan mengutamakan hak-hak klien.

 MSN_4121 gambar kaunseling-1 MSN_4368gambar kaunseling-5 gambar kaunseling-3 gambar kaunseling-2