Insentif

insentif

Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN) telah diwujudkan bagi memberi dorongan kepada para atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk meningkatkan prestasi masing-masing di peringkat antarabangsa, khususnya di temasya sukan Olimpik, Komanwel Asia dan SEA serta kejohanan-kejohanan individu peringkat Dunia dan Komanwel/Asia. Skim-skim yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :

BilNama SkimTahun Mula
1Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)1986
2Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR)1988
3Skim Galakan Jurulatih (SGAR)1990
4Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP)1991
5Skim Insentif Sukan Olimpik (SISO)2004
6Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO)2006
  

Objektif

  •  Memberi motivasi luaran (‘Extrinsic Motivation’) yang berkesan bagi atlet mencapai kemenangan dan menjadi juara dalam sukan antarabangsa yang membawa prestij kepada negara.
  •  Menghargai pencapaian atlet dan pengorbanan yang dilakukan dalam usaha mencapai kejayaan bagi mengharumkan nama negara.

 

1. Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)

insentif

  •  Terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:
    • Kejohanan sukan temasya (Kumpulan A).
    • Kejohanan sukan individu (Kumpulan B).
  • Kategori kejohanan sukan temasya (Kumpulan A) adalah:
      • Kumpulan A1 : Sukan Olimpik (atlet normal) dan Sukan Paralimpik (atlet Paralimpik).
      • Kumpulan A2 : Sukan Komanwel & Asia (atlet normal) dan SukanEAD & Para Asia (atlet Paralimpik).
      • Kumpulan A3 : Sukan SEA (atlet normal) dan Sukan Para Asean(atletParalimpik).
      •  Nilai insentif SHAKAM bagi kejohanan sukan Kumpulan A:
        KELAYAKAN/PINGATKUMPULAN A (RM)
        A1
        A2
        A3
        SUKAN OLIMPIK/PARALIMPIK
        SUKAN KOMANWEL / ASIA / SUKAN EAD & PARA ASIA
        SUKAN SEA / PARA ASEAN
        INDIVIDU
        Emas
        1,000,000
        80,000
        20,000.00*
        Perak
        300,000
        40,000
        --
        Gangsa
        100,000
        20,000
        --
        PASUKAN < 5 ORANG
        Emas/Pasukan
        1,000,000
        80,000
        20,000
        Perak/Pasukan
        300,000
        40,000
        --
        Gangsa/Pasukan
        >100,000
        20,000
        --
        PASUKAN > 5 ORANG
        Emas/Individu
        150,000
        15,000
        5,000
        Perak/Individu
        40,000
        8,000
        --
        Gangsa/Individu
        20,000
        4,000
        --

        *Temasya Sukan SEA: RM10,000.00 untuk pingat emas (individu) kedua dan seterusnya.

     

    • Nilai insentif bagi pemenang yang mencipta rekod baru di kejohanan sukan Kumpulan A:
      KELAYAKAN/PINGATKUMPULAN A (RM)
      A1
      A2
      A3
      SUKAN OLIMPIK/PARALIMPIK
      SUKAN KOMANWEL / ASIA / SUKAN EAD & PARA ASIA
      SUKAN SEA / PARA ASEAN
      INDIVIDU
      Emas
      20,000
      10,000
      1,000
      PASUKAN < 5 ORANG
      Emas/Pasukan
      20,000
      10,000
      1,000
      PASUKAN > 5 ORANG
      Emas/Individu
      4,000
      2,000
      200
  • Kategori Kejohanan Individu (Kumpulan B):
    • Kumpulan B1: Kejohanan peringkat Dunia (satu kejohanan sahaja)
    • Kumpulan B2: Kejohanan peringkat Komanwel/Asia (satu kejohanan sahaja)
  • Klasifikasi Kejohanan Kumpulan B Kelas 1:
    • Kejohanan rasmi anjuran Persekutuan Sukan Antarabangsa yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli/negara (Dunia) dan 15 ahli/negara (Komanwel/Asia) yang berdaftar.
    • Negara-negara peserta mestilah diiktiraf sebagai Pertubuhan/Persatuan Sukan Kebangsaan oleh Majlis Olimpik Kebangsaan (NOC) masing-masing.
    • Kejohanan tersebut disertai oleh sekurang-kurangnya 15 buah negara (Dunia) dan 8 buah negara (Komanwel/Asia).
    • Kelayakan atlet/pasukan menyertai kejohanan adalah mewakili negara masing-masing (bukannya jemputan terbuka) dan melalui proses kelayakan (jika ada).
    • Kekerapan kejohanan tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun sekali
  • Nilai hadiah kemenangan akan diberikan sepenuhnya apabila penyertaan ke kejohanan tersebut memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  • Nilai insentif penuh akan diterima oleh atlet sekiranya acara tersebut disertai oleh sekurang-kurangnya 8 negara (atlet normal) dan 8 peserta (atlet paralimpik).
    • Nilai insentif SHAKAM bagi kejohanan sukan Kumpulan B1 :
      KELAYAKAN/PINGATKUMPULAN B1
      (KEJOHANAN DUNIA) (RM)
      KELAS 1
      KELAS 2
      INDIVIDU
      Emas
      80,000
      20,000
      Perak
      40,000
      10,000
      Gangsa
      20,000
      5,000
      PASUKAN < 5 ORANG
      Emas/Pasukan
      80,000
      20,000
      Perak/Pasukan
      40,000
      10,000
      Gangsa/Pasukan
      20,000
      5,000
      PASUKAN > 5 ORANG
      Emas/Individu
      15,000
      4,000
      Perak/Individu
      8,000
      2,000
      Gangsa/Individu
      4,000
      1,000

     

    • Nilai insentif bagi pemenang yang mencipta rekod baru di kejohanan sukan  Kumpulan B1 :
      KELAYAKAN/PINGATKUMPULAN B1
      (KEJOHANAN DUNIA) (RM)
      KELAS 1
      KELAS 2
      INDIVIDU
      Emas
      10,000
      2,000
      PASUKAN < 5 ORANG
      Emas/Pasukan
      10,000
      2,000
      PASUKAN > 5 ORANG
      Emas/Individu
      2,000
      400

     

    • Nilai insentif SHAKAM bagi kejohanan sukan Kumpulan B2:
      KELAYAKAN/PINGATKUMPULAN B2
      (KEJOHANAN KOMANWEL/ASIA) (RM)
      KELAS 1
      KELAS 2
      INDIVIDU
      Emas
      40,000
      10,000
      Perak
      20,000
      5,000
      Gangsa
      10,000
      3,000
      PASUKAN < 5 ORANG
      Emas/Pasukan
      40,000
      10,000
      Perak/Pasukan
      20,000
      5,000
      Gangsa/Pasukan
      10,000
      3,000
      PASUKAN > 5 ORANG
      Emas/Individu
      8,000
      2,000
      Perak/Individu
      4,000
      1,000
      Gangsa/Individu
      2,000
      500

     

    • Nilai insentif bagi pemenang yang mencipta rekod baru di kejohanan sukan  Kumpulan B2 :
      KELAYAKAN/PINGATKUMPULAN B2
      (KEJOHANAN KOMANWEL/ASIA) (RM)
      KELAS 1
      KELAS 2
      INDIVIDU
      Emas
      5,000
      1,000
      PASUKAN < 5 ORANG
      Emas/Pasukan
      5,000
      1,000
      PASUKAN > 5 ORANG
      Emas/Individu
      1,000
      200

2.   Skim Hadiah Kemenangan Atlet Remaja (SHAKAR)

nsc_9984

  • Diberikan kepada atlet remaja yang memenangi kejohanan remaja peringkat Dunia atau Komanwel/Asia.
  • Kategori Kejohanan Remaja :
    • Kejohanan peringkat Dunia (satu kejohanan sahaja).
    • Kejohanan peringkat Komanwel/Asia (satu kejohanan sahaja)
  • Kejohanan peringkat Dunia dan Komanwel/Asia diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu :
    • Kategori 1  : Kejohanan yang dianjurkan sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali.
    • Kategori 2  : Kejohanan yang dianjurkan sekurang-kurangnya setiap tahun.
  • Nilai insentif penuh akan diterima oleh atlet sekiranya acara tersebut disertai oleh sekurang-kurangnya 8 buah negara.
      • Nilai insentif SHAKAR bagi kejohanan remaja peringkat Dunia:
        KELAYAKAN/PINGATKEJOHANAN DUNIA (RM)
        KATEGORI 1
        KATEGORI 2
        INDIVIDU
        Emas
        40,000
        10,000
        Perak
        20,000
        5,000
        Gangsa
        10,000
        2,500
        PASUKAN < 5 ORANG
        Emas/Pasukan
        40,000
        10,000
        Perak/Pasukan
        20,000
        5,000
        Gangsa/Pasukan
        10,000
        2,500
        PASUKAN > 5 ORANG
        Emas/Individu
        7,500
        2,000
        Perak/Individu
        4,000
        1,000
        Gangsa/Individu
        2,000
        500

     

    • Nilai insentif SHAKAR bagi kejohanan remaja peringkat Asia:
      KELAYAKAN/PINGATKEJOHANAN DUNIA (RM)
      KATEGORI 1
      KATEGORI 2
      INDIVIDU
      Emas
      7,500
      2,000
      Perak
      4,000
      1,000
      Gangsa
      2,000
      600
      PASUKAN < 5 ORANG
      Emas/Pasukan
      7,500
      2,000
      Perak/Pasukan
      4,000
      1,000
      Gangsa/Pasukan
      2,000
      600
      PASUKAN > 5 ORANG
      Emas/Individu
      1,500
      400
      Perak/Individu
      750
      200
      Gangsa/Individu
      400
      100

3. Skim Galakan Jurulatih (SGAR)

  • Diberikan kepada jurulatih sukan berkenaan.
  • Jumlah SGAR adalah 20% daripada nilai insentif SHAKAM/SHAKAR.

4. Skim Kecemerlangan Pengurusan Sukan (SIKAP)

  • Diberikan kepada persatuan sukan berkenaan.
  • Jumlah SIKAP adalah 10% daripada nilai insentif SHAKAM/SHAKAR.

5. Skim Insentif Sukan Olimpik dan Paralimpik (SISO)

nsc_0040

  • Diberikan atlet-atlet yang berjaya melayakkan diri secara merit kategori A sahaja.
  • Atlet-atlet yang berjaya menyertai Sukan Olimpik melalui kategori B atau di atas tiket ‘wild card’ dan atlet-atlet yang layak Sukan Paralimpik secara Bipartite tidak akan diberi insentif ini.
  • Elaun bulanan berjumlah RM2,000.00 akan dibayar kepada setiap atlet yang layak ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.
  • Pembayaran elaun adalah berdasarkan tarikh kelayakan dalam tempoh setahun sebelum Sukan Olimpik/Paralimpik berlangsung.

6. Skim Imbuhan Tetap Olimpik dan Paralimpik (SITO)

  • Diberikan kepada pemenang-pemenang pingat di Sukan Olimpik dan Paralimpik secara bulanan untuk sepanjang hayat seperti berikut :
    PingatElaun Bulanan (RM)
    Emas
    5,000
    Perak
    3,000
    Gangsa
    2,000


img_2611

 

7. Syarat dan Peraturan Tetap Skim Hadiah Kemenangan Sukan

    • Semua permohonan hendaklah dibuat oleh :
      • Persatuan Sukan Kebangsaan.
      • Peserta/Pasukan yang berkenaan melalui Persatuan Sukan Kebangsaan.
    • Permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat berikut :
      • Nama kejohanan.
      • Tarikh dan tempat kejohanan.
      • Bilangan negara yang menyertai.
      • Nama lengkap pegawai atlet negara.
      • Acara yang dimenangi dan pemenangnya.
    • Semua permohonan hendaklah disertakan bersama keputusan rasmi kejohanan/pertandingan berkenaan dan disahkan.
    • Permohonan juga perlu dibuat dalam tempoh setahun daripada tarikh kejohanan/pertandingan tersebut.
    • Semua permohonan hendaklah dibuat kepada :

Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara Malaysia,
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.