KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN(KPSK)

Raw220512KPSK telah dilancarkan oleh YB Menteri, Datuk Ahmad Shabery Bin Cheek pada 17 Oktober 2011 di Dewan Komawel, Majlis Sukan Negara. Kursus ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada penggiat dan pentadbir sukan mendapatkan pendidikan secara formal, sebagai platform ke arah menyediakan tenaga penggerak sukan yang berwibawa dan profesional bagi mencapai matlamat negara sebagai kuasa industri sukan serantau.

 

Kursus ini telah direka-bentuk dengan berbagai input dan kepakaran dari pakar-pakar tempatan dan antarabangsa termasuk Professor Leigh Robinson dari University of Stirling, Scotland yang juga merupakan salah seorang penggerak Kursus Pengurusan Sukan di peringkat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa yang berpusat di Lausanne, Switzerland. Beberapa input penting juga diperolehi dari Institut Sukan Western Australia (Western Australia Institute of Sport) bagi mengimbangi keberkesanan kursus mengikut pola penduduk Malaysia yang hampir dengan negara tersebut.

 

Kursus Pengurusan Sukan ini diasaskan bagi memberi nilai tambah sebagai wadah bagi program pendidikan berterusan dengan aplikasi yang dipiawaikan bagi melatih dan meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran di kalangan para penggiat, pentadbir dan pengurus sukan mengikut kehendak dan keperluan sukan tempatan dan antarabangsa. Langkah ini adalah bagi memastikan bahawa aspek pengurusan sukan di negara ini dilaksanakan mengikut acuan dan keperluan negara kita sendiri sesuai dengan kehendak budaya dan amalan tempatan agar objektif Dasar Sukan Negara dapat dicapai.

KBS exam2 KBS_PBO KBS exam1

Program Pengurusan Sukan peringkat kebangsaan juga dapat menampung ‘brain drain’ sekiranya berlaku pertukaran jawatan office bearer persatuan sukan kebangsaan yang mana seringkali pemegang jawatan yang baru tidak mempunyai peluang untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai pengurusan sukan. Kursus pengurusan ini dapat membantu semua pihak untuk memahami, menghayati dan mengamalkan asas pengurusan sukan kontemporari dan memperlihatkan keseriusan kerajaan di dalam menggembleng tenaga penggerak sukan berkemahiran tinggi.

MSNPhg2 Raw220502 MSNPhg1