Latar Belakang Temasya

Temasya Mini Olimpik adalah hasil daripada resolusi Konvensyen Sukan Kebangsaan 2008. Tujuan Temasya ini adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet Negara yang mempunyai ranking tanpa had umur untuk bertanding dalam satu kejohanan. Selain daripada itu, Temasya Mini Olimpik ini juga dijadikan sebagai medium bagi atlet-atlet yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi untuk bertanding serta memeriahkan suasana sukan di kalangan rakyat Malaysia.

Untuk peringkat awal, lapan (8) buah Persatuan Sukan Kebangsaan seperti Persatuan Renang Amatur Malaysia ,Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia, Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Persekutuan Gimnastik Malaysia dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dipilih untuk Temasya Mini Olimpik 2008.Kriteria Persatuan Sukan Kebangsaan ini dipilih adalah berdasarkan potensi untuk meraih pingat emas di Temasya Sukan Olimpik sejajar dengan sasaran program ‘Road To London 2012’.

Tarikh Pengelolaan

Mesyuarat telah bersetuju supaya semua pertandingan akan berjalan serentak seperti mana yang telah dipersetujui pada keputusan mesyuarat yang lepas iaitu bermula pada 29 Julai hingga 9 Ogos 2009.

Definisi Logo

Melambangkan Perpaduan & Kesungguhan para atlet untuk menempa kejayaan dalam temasya sukan ini.
Melambangkan Keberanian & atlet-atlet sukan Malaysia menempuh ke arah kejayaan dalam pertandingan yang disediakan.
Melambangkan Aktif & Sentiasa Bersedia.
Melambangkan Kemegahan, Kebanggaan & Kejayaan. Kepentingan kualiti yang ulung sebagai dasar keunggulan dan kebanggaan.
Melambangkan Kedaulatan Raja berpelembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Mewakili prinsip utama 4K program ini iaitu:
- Kesungguhan
- Keberanian
- Kejayaan
- Kecemerlangan
Mewakili 8 acara sukan utama iaitu:
- Badminton
- Memanah
- Olahraga
- Berbasikal
- Menembak
- Renang
- Angkat Berat
- Gimnastik