Karnival Remaja Kebangsaan

Sirkit Remaja Kebangsaan ini telah mula dilaksanakan pada tahun 2001 lagi di era program tunas cemerlang dan sukan teras. Kesinambungan program ini telah dijalankan sehingga sekarang menerusi program Pelapis seperti Karnival Remaja Kebangsaan dan Sirkit Remaja Kejohanan di mana penganjuran diselaraskan oleh Pihak Cawangan Pengurusan Acara.

Bermula pada tahun 2008, pihak Majlis telah menganjurkan satu program kejohanan yang dinamakan Karnival Pelapis Negeri di mana ia dianjurkan sebanyak 2 kali dalam setahun. Pengelolaan kejohanan ini memberikan hak penganjuran sebagai tuan rumah kepada setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun 2012 Karnival Pelapis Negeri ini telah diubah nama kepada Karnival Remaja Kebangsaan yang mana akan memberikan lebih banyak impak kepada atlet yang menyertai karnival ini.

Objektif

  1. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini akan menambahkan lagi pentas persaingan di antara atlet di pusat-pusat latihan pelapis negeri.
  2. Penganjuran Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini diadakan sebagai medan untuk menilai prestasi atlet-atlet terbaik yang menjalani latihan di Pusat-Pusat Latihan Negeri (PLN) Program Pelapis Negeri seluruh negara yang dijangka melibatkan para atlet berumur 12 hingga 21 tahun.
  3. Penganjuran Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini juga adalah untuk memberikan peluang tambahan serta pendedahan pertandingan yang lebih kepada atlet-atlet melalui pengelolaan sukan-sukan spesifik berprestasi tinggi.

Penyertaan bagi Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini adalah tertumpu kepada peringkat pembangunan iaitu sekitar 12 tahun hingga 21 tahun mengikut sukan yang dipertandingkan.
Terdapat juga sukan yang melibatkan peringkat umur lebih rendah di bawah umur 12 tahun iaitu sukan Gimrama dan Gimnastik Artistik. Semua penyertaan bagi program ini adalah diwajibkan kepada program pelapis negeri yang mempunyai pusat latihan di negeri. Akan tetapi, bagi pihak Majlis Sukan Negeri yang mempunyai atlet di bawah peringkat umur turut dialu – alukan penyertaan bagi menambahkan lagi persaingan.

Bagi Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan, penyertaan akan dibuat melalui pihak Majlis yang mana pihak Majlis adalah pemegang kuasa bagi setiap penganjuran kejohanan yang dibuat. Tetapi, pihak majlis akan menyerahkan pengelolaan pertandingan jika Pihak Majlis menawarkan mana-mana negeri bagi menjadi Tuan Rumah.

Senarai Karnival Remaja Kebangsaan Dari Tahun 2008 – 2014

TAHUNSIRI 1JENIS SUKANSIRI IIJENIS SUKAN
2014PerlisGimrama, Tinju, Memanah, Karate, Olahraga,A.Berat, Silat, MenembakWPKLLawan Pedang, Silat , Karate, A.Berat, Olahraga
2013--
2012PahangMenembak, Memanah,Gimnastik, A.Berat, Tinju , S.TakrawSelangorMenembak, Memanah, Gimrama, A.Berat, Tinju, S.Takraw , Gimnastik
2011KelantanGimrama, Memanah, A.Berat,S.Takraw, TinjuPerlisGimrama, Terjun, Memanah, A.Berat, S.Takraw, Tinju
2010KedahMemanah, Menembak, Tinju, Olahraga, Gimrama, Silat Olahraga, S.Takraw, Ping PongN.SembilanGimnastik, Menembak, Olahraga, Memanah, Terjun, A.Berat, S.Takraw , Tinju
2009Pulau PinangA.Berat, Menembak , , Olahraga, Silat, Memanah, Gimnastik,Terjun,Tinju,MelakaA.Berat, Menembak , Olahraga, Silat Olahraga, Memanah, Gimnastik ,Tinju
2008JohorTinju, Memanah,Sepak Takraw, Olahraga, Angkat Berat-