Logo & Rasional

LOGO MSN

Logo ini dicipta dengan menggabungkan elemen-elemen bulatan, garisan, bentuk, huruf dan titik-titik. Hasil dari gabungan ini lahirlah sebuah logo yang kukuh, ringkas, seimbang dan progresif terbahagi kepada beberapa bahagian yang penting:

laurelx“LAUREL”: Melambangkan satu simbol pertubuhan yang besar dan terdapat kepada kebanyakan logo-logo antarabangsa. Ia bermaksud satu keharmonian atau kemenangan. MSNM merupakan satu pertubuhan besar yang bertanggungjawab kepada sukan di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa. Lambang ini sangat sesuai untuk logo MSNM. Bentuk seperti ini juga biasa kita lihat dalam sukan “grandprix” dalam bentuk 3 dimensi.
oborOBOR: Merupakan lambang sukan sebenarnya dan idea ini mula wujud di awal permulaan Sukan Olimpik. Boleh dikatakan setiap acara sukan peringkat antarabangsa, obor dimulakan dengan nyalaan sebagai tanda pembukaan dan perasmian.
garisGARISAN: Menunjukkan satu pergerakan atau kelajuan. Garisan yang sama tebal melalui obor, garisan menjadi nipis melahirkan satu rekabentuk yang baru. Logo Olimpik juga terdapat garisan-garisan tersebut. Garisan juga memainkan peranan yang penting sebagai panduan di stadium, padang, gelanggang ataupun di trek.
bulatanGELANG OLIMPIK: Rekabentuk menggambarkan ‘satu gelang olimpik’ (olimpik ring) bertujuan melindungi elemen-elemen logo di bahagian dalam. Bagi menguatkan logo tulisan “Majlis Sukan Negara Malaysia” diletakkan di dalam gelang olimpik dan dua titik berfungsi sebagai keseimbangan rekabentuk.
Secara amnya, gelang olimpik mempunyai lima gelang ( ). Tetapi untuk menyesuaikan dengan keadaan rekabentuk, satu sahaja digunakan
colorWARNA : PANTHRA TIGRIS MALAYENSIS – Melambangkan kekuatan, kuasa, semangat dan ketangkasan sebagaimana Harimau Malaya yang menjadi symbol perwatakan atlet negara.

Kesimpulan

Keseluruhan logo ini dititikberatkan (bertapak) pada satu bulatan yang berfungsi. Direka begitu ringkas, sekali pandang logo berbentuk lama tetapi sudah diubahsuai rekabentuk berbentuk baru dan sesuai digunakan pada semua ‘Corporate Identity’ MSNM seperti sampul surat, letterhead, akhbar, buku cenderamata, stadium, papantanda dan lain-lain.