Carta Organisasi

[wc_accordion collapse=”1″ leaveopen=”0″ layout=”none”]

[wc_accordion_section title=”Bahagian Khidmat Pengurusan”]

Peranan Bahagian:

  • Memberi perkhidmatan sokongan bagi pelaksanaan program dan aktiviti MSN dari segi kemudahan ruang dan peralatan pejabat, pengurusan perhubungan dan pengangkutan dan juga perkhidmatan pengurusan majlis di peringkat MSN.
  • Memberi perkhidmatan nasihat dan pengendalian urusan sistem fail terperingkat, surat menyurat, pekeliling perkhidmatan dan keselamatan organisasi.
  • Memberikan khidmat hospitaliti iaitu perkhidmatan makanan dan penginapan kepada atlet negara.
  • Merancang, mengkaji dan menyelaras urusan penyusunan semula, organisasi, keperluan perjawatan, permohonan elaun, pengisian jawatan serta membuat audit perjawatan.
  • Merancang dan menguruskan segala aspek pengurusan personel pegawai dan anggota.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan sumber manusia melalui program latihan/kursus anjuran sektor awam dan swasta di dalam dan luar Negara.
  • Merancang, melaksana dan menilai keperluan ICT di peringkat Majlis secara menyeluruh selaras dengan perkembangan semasa.
  • Merancang dan memastikan perancangan strategik jabatan dilaksanakan dengan efektif bagi menjayakan matlamat jabatan dan kehendak kerajaan.
  • Mengoptimumkan manfaat hubungan dan kerjasama dengan agensi-agensi pelaksana bagi memastikan program pembangunan sukan dilaksanakan seiring dengan keperluan semasa aspirasi sukan nasional.

[/wc_accordion_section]

[wc_accordion_section title=”Bahagian Atlet”]

atlet-terbaru

Peranan Bahagian:

  • Menyelaras program pembangunan latihan atlet prestasi tinggi bersama pemegang taruh utama iaitu KPM, MOM, ISN, MS Negeri dan PS.
  • Meneraju program pembangunan latihan atlet prestasi tinggi dari peringkat Bakat, Pelapis hingga ke Senior bagi melayakkan ke Program Podium.
  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program latihan prestasi tinggi atlet Senior ke arah temasya Sukan SEA dan Kejohanan Senior Antarabangsa.
  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program latihan prestasi tinggi atlet Pelapis ke arah Temasya Sukan Olimpik Remaja, Remaja Komanwel, Remaja Asia dan kejohanan remaja peringkat antarabangsa.
  • Merancang, melaksana dan memantau pelaksanaan program latihan prestasi tinggi atlet Pelapis di peringkat negeri dengan kerjsama Majlis Sukan Negeri ke arah Temasya Sukan Malaysia.
  • Merancang, melaksana, memantau dan menggalakkan pengembangan sukan diperingkat akar umbi melalui program Bakat.
  • Melaksanakan jalinan kerjasama dengan badan serta agensi dalam dan luar negara bagi menambahbaik pelaksanaan program latihan atlet prestasi tinggi.
  • Merancang, menyelaras, mengurus dan memantau kebajikan serta hal ehwal atlet.

[/wc_accordion_section]

[wc_accordion_section title=”Bahagian Paralimpik”]

Peranan Bahagian:

  • Merancang, melaksana dan memantau Program Latihan Persediaan Atlet Senior Para ke Temasya Sukan dan kejohanan antarabangsa.
  • Menyediakan dan memastikan atlet para mencapai tahap prestasi antarabangsa memenuhi kriteria untuk dipilih masuk ke Program Podium.
  • Membantu melaksanakan program periodisasi tahunan yang dipersetujui bersama Persatuan Sukan Para Kebangsaan.
  • Melaksanakan program pembangunan atlet secara total dan peringkat penglibatan yang jelas.
  • Merancang, menyelaras dan memastikan program sukan OKU dilaksanakan menepati periodisasi dan kalendar tahunan yang dipersetujui bersama agensi-agensi.
  • Bertindak sebagai agensi peneraju sukan OKU prestasi tinggi di Negara.
  • Menjalinkan kerjasama erat dengan pemegang taruh utama sukan para seperti JBSN & JBS Negeri, MS Negeri, BP Khas – KPM, JP OKU – JKM, PESRON dan Persatuan Sukan.

[/wc_accordion_section]

[wc_accordion_section title=”Bahagian Pengurusan Sukan”]

pengurusan-sukan-terbaru

Peranan Bahagian:

  • Menyelaras, merancang, melaksanakan dan memberi khidmat nasihat kepada negeri tuan rumah dalam pengelolaan Sukan Malaysia.
  • Menyelaras dan membantu Persatuan Sukan Kebangsaan atau organisasi berkaitan mengelolakan Kejohanan Peringkat kebangsaan dan remaja kebangsaan.
  • Menyelaras dalam menguruskan perlantikan baru, perlanjutan, kenaikan gaji dan penamatan khidmat jurulatih, gaji jurulatih,penamatan khidmat jurulatih serta perkara berkaitan hal ehwal jurulatih.
  • Menyelaras dan menjalin hubungan dua hala di antara negara dan agensi sukan luar negara melalui “Memorandum of Understanding” bagi tujuan pembangunan sukan negara.
  • Menyelaras, melaksanakan dan menguruskan bantuan pentadbiran, pelantikan pegawai pentadbiran dan pemantauan bersepadu PSK.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan.

[/wc_accordion_section]

[wc_accordion_section title=”Bahagian Korporat & Antarabangsa”]

korporat-terbaru

[/wc_accordion_section]

[wc_accordion_section title=”Bahagian Fasiliti Sukan”]

Peranan Bahagian:

  • Menyediakan pusat latihan khusus yang lengkap di bawah program atlet Majlis.
  • Memastikan fasiliti Majlis dan pusat latihan diselenggara mengikut piawaian dan selamat digunakan.
  • Komited dalam menyediakan khidmat pelanggan yang berkualiti di venue Majlis.
  • Memastikan fasiliti yang dibina mencapai sasaran ‘outcome’ dan penggunaan secara optimum.
  • Menjadi pusat rujukan dalam penyediaan fasiliti sukan.

 

[/wc_accordion_section]

[wc_accordion_section title=”Bahagian Kewangan”]

Peranan Bahagian:

  • Memastikan pengurusan kewangan Majlis berjalan dengan cekap dan teratur selaras dengan kehendak akta, peraturan dan tatacara serta prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.
  • Memastikan setiap transaksi kewangan diakaunkan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan untuk penyediaan penyata kewangan Majlis bagi tahun berakhir yang dipersembahkan dengan adil dan benar.
  • Memastikan maklumbalas beserta laporan setiap isu audit dan lain-lain disediakan dalam tempoh yang ditetapkan dan pelaksanaan tindakan susulan dibuat mengikut prosedur dan peraturan kerajaan.
  • Memastikan semua bayaran diuruskan dengan cekap, tepat dan teratur mematuhi prosedur kewangan dan Arahan Perbendaharaan  mengikut tempoh pembayaran yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan bajet tahunan Majlis dan mengawal peruntukan yang diluluskan dibelanjakan oleh Bahagian /Cawangan untuk  tujuan yang ditentukan dengan cekap dan berkesan.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan perolehan dan aset yang cekap dan menguntungkan kerajaan mengikut prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
  • Menyelaras dan mencari peluang-peluang pemasaran dan penajaan serta penjenamaan (branding) bagi menghasilkan pulangan kepada Majlis.
  • Menyelaras dan melaksanakan skim kebajikan/imbuhan/insentif  berdasarkan pencapaian atlet, jurulatih dan PSK.
  • Meningkatkan kompetensi dan kecekapan kakitangan Majlis dalam pengurusan kewangan menerusi latihan yang berterusan.
  • Memberi khidmat nasihat yang berkaitan dengan urusan kewangan.

[/wc_accordion_section]

[/wc_accordion]