| Pelapis |
|
|
|
| Ditulis Oleh webmaster | |
| Wednesday, 06 May 2009 | |
|
Majlis Sukan Negara telah mengambil langkah pro aktif di dalam menyediakan kumpulan atlet pelapis sebagaimana arahan Y.B. Menteri Belia dan Sukan dengan menyelaraskan beberapa program latihan sedia ada di pelbagai peringkat dan memperkenalkan pendekatan baru yang berteraskan pencapaian (performance base) dan sains sukan. Melalui Program Pelapis ini, pihak Majlis telah melaksanakan program di peringkat kebangsaan, serantau dan negeri.
Kumpulan atlet pelapis kebangsaan adalah merupakan atlet remaja terbaik negara yang dipilih bagi memastikan negara sentiasa mempunyai kumpulan atlet sokongan kepada atlet elit sedia ada bagi meneruskan cabaran di temasya sukan di peringkat Asean, Asia, Komanwel dan Dunia. Para atlet yang dipilih ditempatkan secara sepenuh masa di Majlis Sukan Negara dan diberi semua kemudahan latihan dan sokongan sebagaimana atlet elit negara. Para atlet ini nanti diberi peluang selama dua pusingan Sukan SEA untuk mempertingkatkan prestasi mereka dan melayakkan diri untuk ditempatkan di kelompok atlet elit negara.
ii. Pelapis Serantau Pada masa yang sama, pihak Majlis Sukan Negara telah mengembangkan program latihan ke peringkat serantau (regional) sebagai usaha untuk memastikan lebih ramai atlet berbakat diberi latihan yang berpanjangan dan sistematik. Oleh itu sebanyak 2 buah Akademi Serantau telah ditubuhkan di zon utara (Kompleks Sukan Seberang Prai, P.Pinang) dan zon selatan (Stadium Larkin, Johor Bahru). Akademi – akademi ini akan menempatkan atlet terbaik dari negeri – negeri berhampiran untuk meneruskan latihan secara sepenuh masa. Ini secara tidak langsung akan menempatkan jumlah atlet pelapis sedia ada bagi kumpulan atlet sokongan yang lebih besar kepada program atlet sedia ada.
iii. Pelapis Negeri Program ini menumpukan perhatian kepada pembentukan kemahiran sukan spesifik bagi atlet – atlet berumur 13-21 tahun di peringkat negeri. Atlet- atlet terbaik ini nanti akan diberi peluang untuk memasuki Program Pelapis di peringkat zon mahupun kebangsaan. Latihan akan dijalankan secara separa masa sebanyak 5-8 sesi seminggu. Para atlet akan diberi kemudahan latihan dan kejurulatihan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menjalani latihan yang teratur. Program Sukan Teras dan Program Cemerlang 2010 telah berjaya mewujudkan kumpulan atlet yang besar di peringkat akar umbi dan seharusnya satu program latihan yang lebih intensif berteraskan prestasi (performance base) diwujudkan bagi memastikan atlet-atlet ini tidak hilang begitu sahaja apabila melepasi umur 18 tahun. Program Pelapis yang diwujudkan oleh Majlis Sukan Negara adalah bagi memastikan atlet- atlet daripada program ini dapat meneruskan latihan mereka apabila meninggalkan alam persekolahan di pusat – pusat latihan negeri yang ditubuhkan. Semua pusat – pusat latihan yang dahulunya di bawah Program Sukan Teras dan Program Cemerlang 2010 diserapkan di bawah Pelapis Negeri bagi memastikan semua program latihan di peringkat negeri dapat diselaraskan di bawah kendalian oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) yang telah ditubuhkan di bawah seliaan Majlis Sukan Negeri. Maklumat-maklumat Pusat Latihan Negeri >>>>>
|
|
| Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 30 June 2010 ) |
| < Sebelumnya |
|---|
Alih Bahasa
| September 2010 | > |
| M | T | W | T | F | S | S |
| 30 | 31 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 1 | 2 | 3 |
| Fri, Sep 3rd, @8:00am - 05:00PM Mari Bertadarus Untuk Muslimin Muslimat |
| Fri, Sep 3rd, @8:00am - 05:00PM Solat Terawih |
| Fri, Sep 3rd, @8:00am - 05:00PM Latihan Luar Negara |
PENERBITAN
| +Laporan Tahunan |
| -2008 |
| +Buletin |
| -edisi 1/2010 |
| +Risalah |
| -SUKMA |
| -YOG |







![]() | Hari ini | 1772 |
![]() | Semalam | 4559 |
![]() | Minggu ini | 21334 |
![]() | Bulan ini | 11869 |















