Kemudahan MSN
| Stadium Jalan Raja Muda Stadium Jalan Raja Muda (SJRM) yang dikenali sebagai Stadium TPCA mula diambil alih oleh Kerajaan pada tahun 1982 dan diserah kepada Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) untuk diuruskan. Kedud [ ... ] |
| Stadium Mini Muadzam Shah, Pahang Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah diswastakan pada Mei 1999, ekoran daripada penswastaan ini, Majlis telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mengambil alih pe [ ... ] |
| Saujana Asahan, Melaka Saujana Asahan Melaka yang dahulu dikenali sebagai Kompleks Taman Lagenda Puteri Gunung Ledang telah dibangunkan semula pada November 2000 di atas tanah seluas 24 ekar. |
| Hafifi sasar emas Komanwel |
|
|
|
| Ditulis Oleh webadmin | |
| Tuesday, 09 February 2010 | |
|
MEMUNCAK di Sukan Komanwel menjadi sasaran atlit angkat berat negara, Mohd Hafifi Mansor, yang menegaskan betapa kekurangan kejohanan menjelang temasya di New Delhi itu tidak menjejaskan rentak persediaannya. Anak kelahiran Seberang Takir, Terengganu itu berkata, tumpuannya ketika ini adalah memastikan untuk terus konsisten selain memastikan teknik angkatan yang jitu bagi memastikan matlamat meraih pingat emas pada Oktober depan. “Selepas diberitahu Sukan Perpaduan Islam dibatalkan, saya mengalihkan tumpuan kepada Sukma di Melaka pada pertengahan tahun ini. Saya berazam mengekalkan emas yang dimenangi di Terengganu sambil memperbaiki rekod kejohanan. “Kemudian saya mahu memberikan sepenuhnya tumpuan di Sukan Komanwel bagi memburu emas di sana. Jurulatih sudah mengatur persiapan khas untuk membolehkan saya benar-benar memuncak ketika Sukan Komanwel nanti,” katanya yang pernah muncul juara remaja dunia kategori 69kg. Di Sukma terdahulu, Hafifi melakukan angkatan 126kg untuk disiplin snatch dan 160kg bagi clean & jerk bagi rekod baru kejohanan dan buat masa ini, dia mahu mengangkat bebanan yang lebih berbanding tahap konsisten antara 135kg dan 170kg. “Dalam sukan ini, proses meningkatkan tahap bebanan perlu dilakukan secara beransur-ansur dan jurulatih menekankan aspek konsisten serta disiplin,” katanya yang menambah jurulatih ada memaklumkan kemungkinan skuad angkat berat negara akan berlatih di Balikpapan, Indonesia bulan depan. Sementara itu, pergolakan yang berlaku dalam Persekutuan Angkat Berat India ekoran enam atlitnya dikenakan hukuman kerana gagal ujian dadah pada September lalu dan dikatakan menjejaskan persiapan tuan rumah, tidak begitu dihiraukan Hafifi. “Saya tidak peduli sama ada mereka akan bertanding di New Delhi atau tidak kerana fokus sebenar adalah terhadap kemampuan diri saya. Andai enam atlit India itu tidak bertanding, mungkin ia memberi peluang yang lebih mudah untuk kita merangkul pingat. “Namun yang lebih penting adalah memastikan saya mampu memberikan saingan dan memperolehi emas buat negara, sama ada mereka bersaing atau pun tidak,” katanya. September lalu, enam atlit India gagal ujian doping dan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) mengenakan penggantungan seumur hidup terhadap Shailaja Pujari dan mengenakan denda ke atas Vicky Butta, Harbhajan Singh, Rajesh Singh, Sunita Rani, A Vijayadevi dan Pujari. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
Alih Bahasa
| September 2010 | > |
| M | T | W | T | F | S | S |
| 30 | 31 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |
| 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
| 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
| 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
| 27 | 28 | 29 | 30 | 1 | 2 | 3 |
| Thu, Sep 9th, @8:00am - 05:00PM Latihan Luar Negara |
| Thu, Sep 9th, @8:00am - 05:00PM Latihan Luar Negara |
| Thu, Sep 9th, @8:00am - 05:00PM Solat Terawih |
PENERBITAN
| +Laporan Tahunan |
| -2008 |
| +Buletin |
| -edisi 1/2010 |
| +Risalah |
| -SUKMA |
| -YOG |







![]() | Hari ini | 385 |
![]() | Semalam | 3810 |
![]() | Minggu ini | 14321 |
![]() | Bulan ini | 39007 |













































