Video

majlis berbuka puasa msn & penyerahan shakam

  • majlis berbuka puasa msn & penyerahan shakam

Kemudahan MSN

Stadium Jalan Raja Muda

article thumbnail

Stadium Jalan Raja Muda (SJRM) yang dikenali sebagai Stadium TPCA mula diambil alih oleh Kerajaan pada tahun 1982 dan diserah kepada Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) untuk diuruskan.  Kedud [ ... ]

Stadium Mini Muadzam Shah, Pahang

article thumbnail

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah diswastakan pada Mei 1999, ekoran daripada penswastaan ini, Majlis telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mengambil alih pe [ ... ]

Saujana Asahan, Melaka

article thumbnail

  Saujana Asahan Melaka yang dahulu dikenali sebagai Kompleks Taman Lagenda Puteri Gunung Ledang telah dibangunkan semula pada November 2000 di atas tanah seluas 24 ekar.

Tanah ini telah d [ ... ]

PSM ‘rujuk semula’ muka lama PDF Cetak E-mail
Ditulis Oleh webadmin   
Tuesday, 09 February 2010

KUALA LUMPUR – Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) membuat kejutan apabila turut menyenaraikan muka lama dalam membentuk skuad elit yang diletakkan sandaran pingat emas pada Sukan Asia XVI Guangzhou, November ini.

Malah seperti menyahut seruan 1Malaysia, PSM turut menamakan seorang tekong bukan Melayu, yang kali terakhir mewakili negara dalam program Gemilang 2001, K. Saravanan ke skuad 24 pemain berkenaan, semalam.

Selain kembalinya Normanizam Ahmad, Futra Ghani dan Zulkarnain Arif, yang menepati ramalan awal, turut tersenarai semula ialah regu emas Sukan SEA 2005, iaitu pelibas berpengalaman dua Sukan Asia Busan 2002 dan Doha 2006, Azman Nasruddin.

Hanya lapan pemain skuad yang memenangi pingat perak pada Sukan SEA Laos XXV disenaraikan semula, termasuk regu UPM ‘A’ yang menjuarai Kejohanan Piala Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail kelmarin, Ahmad Sufi Hashim, Norshahruddin Mad Ghani dan Farhan Adam.

Lain-lain pemain termasuk Syazwan Husin, Noor Azman Abdul Hamid, Mohd. Fazil Asri, Syafiq Ab. Rahman dan Hafizie Manap, manakala pelibas pemenang gangsa antara regu di Laos, Hamikhairi Roslan tidak tersenarai sedangkan tuah menyebelahi adiknya, Fazli Roslan.

Mereka yang lain termasuk Nasiruddin Manjur Ahmad, Mazli Mohd. Soh, Khairul Anuar Ibrahim, Hafiz Rahman, Helmi Ismail, Shamsul Asraf Roslan, Dzan Hider Amin, Arif Ramli, Muqlis Borhan dan Faizul Hairi Osman.

Senarai lapan tekong, sembilan pelibas dan tujuh pengumpan skuad elit ini diumumkan oleh Ahmad, selepas mesyuarat Jawatankuasa Program yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Elit Majlis Sukan Negara, Arrifin Ghani di Bukit Jalil.

“Ia bagaimanapun bukan bererti pintu untuk pemain lain ke skuad negara sudah tertutup, kerana masih ada dua tiga tempat untuk mereka, sekiranya masih bagus terutama apabila berlangsungnya Kejohanan Kebangsaan Piala Emas Khir Johari Ke-47 bulan depan.

“Mana-mana pemain skuad elit sebelum ini yang masih tercedera, biarlah mereka menjalani pemulihan dan rawatan dahulu. Namun, senarai pemain kali ini sememangnya bagi persediaan jangka pendek dalam membawa pulang sebutir emas Sukan Asia.

“Mereka akan menjalani pemeriksaan perubatan dengan Institut Sukan Negara (ISN) pada 17 hingga 19 Februari, dan melapor diri kepada ketua jurulatih, Iskandar Arshad (22 Februari), sebelum diletakkan di bawah agensi itu selama lima minggu bagi sesi pelaziman,” kata Ahmad.

Malaysia memenangi emas terakhir Sukan Asia di Hiroshima pada 1994 menerusi Iskandar selaku pemain di samping Ahmad Jais Baharom, Malek Shamsudin dan Zabidi Shariff dengan jurulatihnya, Haris Abdul Rahman yang khidmatnya tidak disambung mulai bulan lalu.

Hanya lima pemain yang berpengalaman dalam Sukan Asia Doha 2006 dengan merangkul dua perak berpasukan dan antara regu serta sebutir gangsa beregu iaitu Normanizam, Futra, Zulkarnain, Azman dan Ahmad Sufi.

< Sebelumnya   Berikutnya >

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Alih Bahasa

September 2010 >
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Thu, Sep 9th, @8:00am - 05:00PM
Latihan Luar Negara
Thu, Sep 9th, @8:00am - 05:00PM
Latihan Luar Negara
Thu, Sep 9th, @8:00am - 05:00PM
Solat Terawih

KELAB MSN

PENERBITAN

+Laporan Tahunan
-2008
+Buletin
-edisi 1/2010
+Risalah
-SUKMA
-YOG
  belia benci dadah 
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini394
mod_vvisit_counterSemalam3810
mod_vvisit_counterMinggu ini14330
mod_vvisit_counterBulan ini39016
 
mfSlideBar

com_joomgallery/img_pictures/majlis_berbuka_puasa_msn__penyerahan_shakam_85/
JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval