|
Ditulis Oleh webmaster
|
|
Thursday, 05 November 2009 |
|
Stadium Jalan Raja Muda (SJRM) yang dikenali sebagai Stadium TPCA mula diambil alih oleh Kerajaan pada tahun 1982 dan diserah kepada Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) untuk diuruskan. Kedudukan stadium ini agak strategik iaitu berada di tengah-tengah pusat bandaraya. Stadium ini terletak di atas tanah milik KPTG dengan keluasan 5.0 ekar.
Pada tahun 1996 Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan cadangan penswastaan stadium ini yang dimajukan sekali dengan tanah MSN di Taman Maluri, Ampang oleh syarikat Dana Hijau. Bagaimanapun atas kegawatan ekonomi yang melanda negara ketika itu menyebabkan cadangan ini terpaksa ditangguhkan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mewartakan stadium ini sebagai kawasan hijau (Green Lung) dan syarat ini kekal hingga sekarang.
Stadium ini pernah digunakan oleh MSN untuk menempatkan Unit Sains Sukan sebelum ia berpindah ke Bukit Jalil pada tahun 1996. Kemudahan yang terdapat di stadium ini pernah digunakan oleh Majlis untuk dijadikan pusat latihan tinju atlet kebangsaan di bawah program Gemilang 2006. Persatuan tinju kebangsaan dan Persatuan Sepaktakraw Kebangsaan menempatkan pejabat persatuan mereka di stadium ini.
|
|
Pemutakhiran Terakhir ( Wednesday, 02 December 2009 )
|