Pengenalan Khidmat Sukarelawan

Kejayaan penganjuran sesuatu acara besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA) memerlukan tenaga kerja yang ramai dari semua pihak yang terlibat meliputi pengurus-pengurus acara,  pegawai teknikal dan pembantu-pembantu. Penglibatan semua pihak ini bukan sahaja sekadar hadir dan melibatkan diri tetapi hendaklah juga mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang tanggungjawab masing-masing di dalam bidang tugas yang diberikan. Dengan itu, penubuhan MySukarelawan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia adalah penting untuk memupuk semangat sukarelawan dalam bidang sukan.

 

“MySukarelawan adalah pengerak utama aktiviti sukarelawan sukan”

 

Salah satu sektor yang tidak kurang pentingnya memainkan peranan untuk menjayakan sesuatu acara ialah para sukarelawan yang dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Sukarelawan-sukarelawan ini perlu mengetahuidengan jelas apakah yang dikehendaki oleh tugasan yang diberikan dan sedar tentang tanggungjawab mereka dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Para sukarelawan juga secara langsung dan tidak langsung membawa imej penganjur sepanjang berlangsungnya sesuatu acara. Tingkah laku dan etika sukarelawan perlulah disematkan di dalam hati setiap sukarelawan.

 

Objektif

  1. Memupuk semangat kesedaran kesukarelaan di kalangan semua sukarelawan.
  2. Menjalinkan hubungan yang baik di antara sukarelawan danjawatankuasa penganjur Sukan.
  3. Mewujudkan prinsip akauntabiliti dan kebertanggungjawaban di kalangan kesemua sukarelawan.
  4. Mewujudkan semangat kerjasama berpasukan (teamwork) di antara sukarelawan dan petugas temasya Sukan.
  5. Memberi peluang kepada semua sukarelawan untuk diserapkan ke dalam pengkalan data sukarelawan sukan negara.
  6. Memastikan ‘zero drop out’ di kalangan sukarelawan sukan di sepanjang kejohanan berlangsung.

 

Borang Keahlian Sukarelawan

 

Jika anda berminat  untuk menyertai MySukarelawan isi borang yang telah disediakan.