DATA TERBUKA

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:

PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2015 | PELAKSANAAN DATA TERBUKA SEKTOR AWAM

 

Katalog Data Terbuka MSN

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan

 

Permohonan Data

 

Anda Perlukan Data Atlet dan Jurulatih Malaysia?

Kaedah Permohonan Data/Pertanyaan:

Permohonan data atau sebarang pertanyaan boleh diajukan secara atas talian atau secara bertulis dan hantarkan ke alamat seperti berikut:

  • Ketua Pengarah,
    Majlis Sukan Negara Malaysia,
    Kompleks Sukan Negara,
    Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
    Tel : 03-8992 9200
  • Faks : 03-89967400
  • E-mel : adila@nsc.gov.my
    Tel : 03-8992 9915
  • Faks : 03-89967400

Terima kasih.