OLAHRAGA TUAI 8 PINGAT EMAS LAGI

Dihantar pada : 20 Sep 2017 | Berita Sukan ParaAsean

KUALA LUMPUR, 19 September 2017 – Skuad olahraga memperbaiki carta pungutan pingat emas pada hari kedua  saingan dengan meraih 8 pingat emas pada Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Eddy Bernard yang berusia 16 tahun memulakan buruan pingat emas kontinjen negara dengan memenangi acara lompat jauh lelaki T37, sebelum Hemala Devi memenangi emas dalam acara lontar peluru F11/12, sekaligus raih emas peribadi kedua di Para ASEAN kali ini

Zulhaizat Zainal Abidin cemerlang kuasai acara 400 meter lelaki T13, diikuti Erwan Mohd Hasnoor yang meraih emas acara lompat jauh dengan jarak 5.49 meter, sekaligus menebus kehampaan dalam acara 100m lelaki T38 selepas sekadar meraih gangsa.

Paling mencuri tumpuan, S.Thavanesvaran yang mencipta kejutan hadiahkan emas dalam acara 400 meter lelaki T44.

Nasharuddin Mohd meneruskan tuaian emas kontinjen negara dengan menguasai acara 400 meter lelaki T20, diikuti Muhamad Ashraf Muhammad Haisham yang mengungguli acara 800 meter lelaki T46.

Umi Syuhadah Idris muncul penyumbang emas terakhir Malaysia pada hari kedua saingan menerusi acara lontar peluru wanita F37.

Sementara itu, Muhamad Nurdin Ibrahim raih perak acara 800 meter lelaki T20, manakala 7 pingat gangsa disumbangkan Felicia Mikat dalam acara 400 meter wanita T13, Amir Firdaus Jamaluddin (lompat jauh T38), Hisam Che Soh (lontar peluru F46), Abdul Halim Badruddin (800m T38), Saiful Dawang (lompat jauh T44), Doriah Poulus (lempar cakera F44) dan Richard Bada (merejam lembing F40/41).

OLAHRAGA TUAI 8 PINGAT EMAS LAGI

Dihantar pada : 20 Sep 2017 | Berita,Berita Sukan ParaAsean