THAILAND MEDAN UJIAN TERAKHIR

Dihantar pada : 16 Jun 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2017 – Hatyai, Thailand menjadi medan ujian terakhir untuk 17 pelatih skuad sepak takraw wanita negara sebelum lapan disenaraikan untuk Sukan SEA ke-29, Ogos nanti.

Jurulatih, Mohd Fikri Mohd Nor, berkata Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) merangka program latihan fasa akhir bagi memastikan lapan terpilih benar-benar mampu membawa cabaran dalam merealisasikan sasaran pingat perak, berbanding gangsa di edisi 2015.

“Kami telah mengatur beberapa aksi persahabatan dengan beberapa kelab di Selatan Thailand iaitu di Hatyai, Phatthalung dan Trang selain turut menyertai beberapa pertandingan di sana bermula 8 Julai hingga 21 Julai.

“Thailand dipilih kerana di sana terdapat pasukan kelab yang mampu menjadi rakan sepelatih, sekali gus mampu mening­katkan tahap keyakinan pasukan negara. Saya yakin pendedahan ini mampu memberi sesuatu yang berguna kepada pemain.

“Perlawanan ini penting untuk kita melihat sejauh mana kemampuan pemain negara selain kita akan melihat prestasi mereka dari semasa ke semasa, dari sinilah kami akan mengugurkan sembilan pemain,” ujarnya.

Mohd Fikri yang mula membimbing skuad wanita kebangsaan sejak 2009, percaya kategori antara regu menghadirkan pingat buat pasukan berbanding kuadran dan berpasukan (double).

“Penilaian ini berdasarkan prestasi semasa barisan pemain, jika di Singapura pasukan meraih gangsa, kali ini kami yakin perak mampu dimiliki.

“Thailand merupakan pasu­kan yang hebat, tetapi kita tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan lain seperti Myanmar, Vietnam dan Indonesia.

“Mereka dijangka menjadi pencabar utama kita,” jelasnya yang turut memaklumkan impak positif dijelmakan pemain pada kejohanan di Pekanbaru ketika menentang kelab-kelab pada awal bulan lalu.

Dua serangkai yang mengutip gangsa antara regu pada 2015, kapten Siti Norzubaidah Che Abdul Wahab  dan Nurul Izzatul Hikmah percaya perguruan di Thailand harus meningkatkan keyakinan mereka.

Kedua-duanya berganding dengan Nor Farhana Ismail untuk mengutip gangsa selepas tewas kepada trio Myanmar, Zar Ei Thin, Myunt Nant Yin dan Nyunt Thin Zar Soe 21-9, 21-18 pada separuh akhir dua tahun lalu.

Senarai pelatih: Siti Norzubaidah Che Ab Wahab, Asumalin Rattana Som Chok, Siti Nor Suhaida Jafri, Alice Harun, Emilia Eva Natasha Saudia, Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli, Nurrashidah Abdul Rashid, Elly Syahira Rosli, Rahilah Harun, Kamisah Khamis, Nor Farhana Ismail, Nurul Aqirah Mat Tahir, Earma Nur Farqah Mohd Omar, Razmah Anam, Nurliyana Ismail, Nor Azira Suhaimi, Nur Fatihah Azizul.

THAILAND MEDAN UJIAN TERAKHIR

Dihantar pada : 16 Jun 2017 | Berita,Berita Sukan SEA