TENIS SASAR GANGSA BEREGU

Dihantar pada : 12 Jul 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2017 – Dua pingat gangsa – masing-masing daripada beregu lelaki dan wanita – menjadi sasaran skuad tenis kebangsaan pada temasya Sukan SEA ke 29 bermula Ogos sambil mengharapkan kejutan acara perseorangan lelaki dan wanita.

Ketua jurulatih skuad tenis kebangsaan, Muliyadi Jamal, berkata sasaran ini berdasarkan prestasi semasa dipamerkan anak didiknya ketika menyertai perlawanan mahu pun latihan dalam serta luar negara.

“Berdasarkan prestasi terkini, termasuk layak ke suku akhir dalam satu kejohanan di Mesir, acara beregu lelaki dan beregu wanita menjadi harapan untuk meraih pingat gangsa buat pasukan.

“Namun jika kejutan mampu dilakukan dengan melangkah ke pentas akhir ia merupakan satu kebanggaan dan bonus,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, tengah hari tadi.

Turut sama hadir ialah Pengurus Pasukan, Mohamad Helmi Mohamad dan atlet tenis negara, Ahmed Deedat Abdul Razak serta Jawairiah Noordin.

Skuad tenis negara mengakui mereka berdepan misi mustahil dalam menamatkan kemarau penantian pingat emas yang kali terakhir dimenangi 44 tahun lalu dalam Sukan SEAP Singapura 1973 menerusi Radhika Menon dan Lim Kheow Suen dalam acara beregu wanita.

Taruhan terbaik skuad negara sekali lagi bakal dipikul pemain-pemain berpengalaman, Jawariah dan pasangannya, S. Theviya.

Skuad negara dibarisi lima pemain lelaki dan lima pemain wanita.

Muliyadi turut menjelaskan berdasarkan prestasi terkini, Jawariah dan Theviya menjadi harapan untuk memastikan pungutan pingat menjadi kenyataan.

“Sememangnya Jawariah dan Theviya menjadi taruhan skuad bagi acara berpasukan wanita,” katanya.

Bagi kategori lelaki individu, peluang dijangka lebih sukar apabila disahkan bintang Indonesia, Christopher Rungkat yang berada di ranking 463 dunia serta pemain berbakat Vietnam, Ly Hoang Nam yang menduduki ranking 475 bakal beraksi dalam acara perseorangan.

Acara beregu lelaki pula bakal diwarnai kehadiran pasangan kembar terkenal Thailand, Sanchai dan Sonchat Ratiwatana, yang menduduki ranking ke-94 dalam Jelajah Dunia ATP.

Skuad:

Lelaki: Ahmed Deedat Abdul Razak, Mohd Assri Merzuki, Syed Mohamad Agil Syed Naguib, Koay Hao Sheng, Christian Oliver Lee Cho-Weng; Wanita: Wanita: Jawairiah Noordin, Aslina Chua An Ping, S. Theiviya, Uma Annika Nayar, Suhana Sofia Mohd Adam Das.

Pegawai: Mohamad Helmi Mohamad (pengurus pasukan), Goh Tai Leng (penolong pengurus), Muliyadi Jamal (ketua jurulatih), Adam Jaya (jurulatih) dan S Selvarajoo (jurulatih)

TENIS SASAR GANGSA BEREGU

Dihantar pada : 12 Jul 2017 | Berita,Berita Sukan SEA