SKUAD TAKRAW SERAP SEMANGAT 1991

Dihantar pada : 15 Jun 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2017 – Pingat emas acara berpasukan sepak takraw lelaki menjadi buruan bagi menamatkan penantian 26 tahun dalam Sukan SEA.

KL 2017 menjadi pentas terbaik untuk Syahir Rosdi dan rakan-rakan mengulangi kejayaan generasi Rehan Mohd Din dan rakan-rakan yang menewaskan skuad Thailand pimpinan tekong Pakdee Daengwattanapaibul di Manila 1991.

Generasi 1991 mengutip emas dengan menewaskan Thailand 2-1 di Gimnasium Loyola, Manila

Regu pertama Nordin Sabaruddin, Rehan dan Malik Shamsuddin menumpaskan Suratna Chiengmai, Wirach Pomoung (Pisit Pattanamas), Visut Boonsuya 15-12, 6-15, 15-9 tetapi regu kedua Norani Adnan, Ku Halim Ku Musa, Raziman Hassan tewas di tangan Pakdee, Ittipol Komchaisak dan Kriengkrai Mutalai 9-15, 12-15.

Mata kemenangan dirakam Mohd Noor Abdullah, Baharom Jahar dan Rosli Abdul Rahman yang menewaskan Jakrit Kohchakul, Khamnvan Sonnanont, Paisal Maihunla (Anusit Satetathan) 15-13, 15-11.

Dalam edisi 1993 di Singapura, Nordin, Shaari Hashim dan Rosli Abdul Rahman mengekalkan emas acara regu tetapi skuad negara tewas 3-0 kepada Thailand dalam acara berpasukan selepas musuh tradisi itu memecahkan regu utama mereka.

Mengenang semangat 1991 itu, kapten dan tekong negara, Mohd Syahir Rosdi, percaya KL2017 menghidang peluang istimewa.

“Siapa yang tidak mahu emas di laman sendiri,” katanya.

“Lebih manis kalau pasukan sepak takraw nanti dapat menyumbang dua emas, itu lebih baik.”

Pada temasya di Singapura dua tahun lalu, acara berpasukan yang turut disertai Syahir menghadiahkan pingat perak manakala emas diraih Thailand.

Sinar emas hadir menerusi acara regu dianggotai Syahir bersama Farhan Adam, Mohd Hanafiah Dolah, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi yang menewaskan Filipina, Laos dan Singapura.

Di KL 2001, Malaysia mengutip gangsa acara regu dan perak berpasukan.

Namun dari sudut pengurusan, bukan sahaja Thailand yang sering menjadi penghalang skuad sepak takraw lelaki negara tetapi Filipina, Myanmar dan Indonesia turut dianggap pencabar pada temasya Sukan SEA 2017, di Kuala Lumpur, Ogos nanti.

Perkhabaran ini dinyatakan penolong pengurus, Mohd Rashidi Nordin, berpandukan kejohanan Piala Raja Thai yang berlangsung baru-baru ini.

“Buat masa ini banyak negara yang menunjukkan peningkatan ketara, lihat sahaja Filipina yang mempamerkan kebangkitan pada aksi beregu dan Myanmar di Bangkok.

“Begitu juga Indonesia yang memanggil bekas pemain untuk memperkuatkan pasukan pada KL2017 nanti. Jadi kami perlu memberikan perhatian kepada semua pasukan yang bertanding bukan sahaja Thailand,” katanya.

Mohd Rashidi berkata, menyedari saingan sengit bakal dijelmakan lawan, skuad kini tampil agresif menjalani latihan dan perlawanan persahabatan.

Sementara itu, pengurus pasukan Mohd Zambri Abdul Rahman berkata, masalah tekanan ketika beraksi yang sering menganggu persembahan dijangka dapat diatasi sepenuhnya pada temasya KL2017.

“Berdasarkan pengalaman dan ujian yang dilalui pasukan ketika berada di Thailand hampir sebulan dengan menyertai pertandingan, saya lihat mereka berjaya mengatasi masalah ini.

“Jadi pengalaman ini akan diguna pakai pada aksi di laman sendiri nanti,” katanya.

Dari 9 hingga 10 Jun lalu, skuad negara mengadakan siri perlawanan ujian dengan kelab Tentera Laut Thailand yang berkesudahan seri 8-8 dalam antara regu.

SKUAD TAKRAW SERAP SEMANGAT 1991

Dihantar pada : 15 Jun 2017 | Berita,Berita Sukan SEA