MABA TERIMA TAJAAN RM3.5 JUTA

Dihantar pada : 17 Mac 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 17 MAC 2017 – Menjelang Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan RM3.5 juta daripada dua syarikat swasta.

Westports Malaysia Sdn. Bhd. menaja RM2.5 juta manakala PRG Holding Berhad menaja RM1 juta.

Penajaan ini bukan sahaja untuk persiapan pasukan, tetapi bakal digunakan untuk membaik pulih stadium MABA yang akan digunakan sebagai venue utama acara bola keranjang pada Sukan Sea Ogos depan.

“Penajaan ini memang tepat pada masanya dan berharap ini memberi semangat kepada pasukan wanita mempertahankan pingat emas yang di menangi di Singapura dua tahun lalu dan pasukan lelaki mencapai sasaran yang diletakkan pada Ogos ini” kata Presiden MABA, Datuk Lua Choon Hann.

MABA sebelum ini menerima RM1.5 juta daripada kerajaan bagi membaik pulih stadium yang kini hampir 89 peratus siap.

Majlis penyerahan penajaan dari Ketua Pegawai Westports Malaysia Sdn, Bhd., Ruben Emir Gnanalingam Dato’ Lua Choon Han yang mewakili PRG Holding Berhad disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

MABA TERIMA TAJAAN RM3.5 JUTA

Dihantar pada : 17 Mac 2017 | Berita,Berita Sukan SEA