LEGENDA DAN BIROKRAT BERGABUNG TENAGA

Dihantar pada : 17 Feb 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI, 2017 – Pelantikan M. Kumaresan dan Jefri Ngadirin selaku timbalan ketua kontinjen untuk Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur Ogos nanti melengkapkan trio yang menggabungkan legenda dengan anggota birokrat.

Kumaresan dan Jefri akan membantu ketua kontinjen, Datuk Marina Chin, dalam misi menyediakan suasana kondusif untuk anggota kontinjen memburu kejuaraan keseluruhan di temasya dwitahunan itu.

Selaku ketua kontinjen dan timbalan ketua kontinjen, Marina, Kumaresan dan Jefri ditugaskan menjadi pemimpin, penyokong, pemerhati, orang tengah dan rakan sepasukan kepada atlet, jurulatih dan pegawai.

Pelantikan Kumaresan dan Jefri diumumkan oleh Majlis Olimpik Malaysia Selasa lalu.

Kumaresan, 50, dikenali sebagai pelumba serba boleh, sama ada selaku pelumba trek atau lebuh raya yang bersaing di enam Sukan SEA, menghasilkan sembilan pingat emas.

Jika Kumaresan memiliki reputasi selaku Olahragawan Kebangsaan 1987 dan pelumba basikal pertama mara ke final acara Olimpik dengan menduduki tangga ke-12 daripada 19 atlet dalam 30km perlumbaan mata di Barcelona 1992, Jefri pula berpengalaman selaku anggota urusetia pelbagai temasya sukan sejak Sukan SEA 2001.

Jefri yang juga Pemangku Pengarah Bahagian Atlet MSN, adalah ketua urusetia kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro 2016 dan anggota urusetia Sukan Olimpik London 2012, pengurus besar kontinjen Sukan Komanwel di New Delhi 2010.

Anak jati Sepang, Selangor memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Miami, Florida, Amerika Syarikat serta memulakan kerjaya sebagai penolong Pegawai Belia dan Sukan di Bahagian Pembangunan MSN pada 1993.

Berusia 45 tahun, Jefri pernah memegang tugas selaku ketua unit bakat bahagian pembangunan, ketua unit sukan teras, Pengarah Cawangan Pelapis sebelum dilantik Pemangku Pengarah Bahagian Atlet pada 1 Januari 2015.

Pelantikan Marina pula diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Brig Jen Khairy Jamaluddin, pada 2015. Selaku pelari berpagar tersohor negara era 1970-an, Marina adalah Olahragawati Kebangsaan 1976 dan 1977.

LEGENDA DAN BIROKRAT BERGABUNG TENAGA

Dihantar pada : 17 Feb 2017 | Berita,Berita Sukan SEA