FATIN JADI SANDARAN ULANGI SKRIP 2015

Dihantar pada : 20 Apr 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 20 April 2017 – PEMENANG tiga pingat emas memanah compound di Sukan SEA Singapura, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, tekad mengulangi pencapaian menjelang temasya di laman sendiri Ogos nanti.

Mengutip pingat emas bagi kategori individu, beregu campuran dan berpasukan dua tahun lalu, Fatin tidak melihat aksi di Kuala Lumpur memberi tekanan buat dirinya dalam usaha memberikan persembahan terbaik.

“Walaupun diletakkan sebagai atlet pilihan untuk merangkul pingat emas berdasarkan pencapaian dua tahun lalu serta beberapa kejohanan sebelum ini, semuanya itu cabaran yang perlu dibuktikan dengan keputusan positif.

“Tekanan itu memang ada dalam setiap acara sukan tetapi kita perlu fokus selain mengikuti segala perancangan jurulatih.

“Persediaan saya kini berada dalam keadaan terbaik, hampir 70 peratus dan bakinya hanya beberapa aspek sahaja perlu dipertingkatkan,” jelasnya yang menghilangkan rasa tekanan dengan mendengar lagu.

Mengulas perkara utama yang perlu ada bagi atlet khususnya sukan memanah, Fatin melihat kekuatan mental menjadi sandaran seseorang atlet itu mencapai keputusan cemerlang.

“Bagi saya kekuatan mental perlu ada kerana dalam sukan memanah ini kita bakal berdepan dengan cabaran kekuatan mental, persekitaran dan juga penonton.

“Prestasi semasa juga penting , tetapi ada ketikanya kita gagal memberikan persembahan yang terbaik apabila mental kita lemah,” katanya  pada sidang media di MSN Bukit Jalil.

Turut hadir ialah pengurus pasukan, Shamsuddin Ibrahim, jurulatih, Muhammad Zaki Mahazan dan Marbawi Sulaiman serta atlet recurve, NurAfissa Abdul Halil.

NurAfissa pula tekad membuktikan kemampuan menjelang aksi sulungnya dalam Sukan SEA.

“Inilah adalah Sukan SEA pertama buat saya, lebih manis di laman sendiri, pastinya kilauan pingat ingin digenggam,” katanya.

Bagi Zaki, lima kejohanan yang bakal disertai barisan atletnya sebelum Sukan SEA diharap memberikanpengalaman dan keyakinan.

“Kami akan menghantar atlet menyertai beberapa kejohanan di luar negara antaranya di Shanghai (13 Mei hingga 22 Mei), Sirkit Kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 17 Mei hingga 21 Mei, Turki (5 Jun hingga 12 Jun), Amerika Syarikat (19 Julai – 26 Julai ) dan Piala Asia di China (2 Julai hingga 7 Julai).

“Penyertaan atlet bagi lima kejohanan ini adalah berdasarkan keperluan semasa dan bukannya individu yang sama bagi semua kejohanan, kami mahu semua atlet mendapat pendedahan dan pengalaman,” katanya.

FATIN JADI SANDARAN ULANGI SKRIP 2015

Dihantar pada : 20 Apr 2017 | Berita,Berita Sukan SEA