ELI DAN TRADISI EMAS DALAM KELUARGA

Dihantar pada : 16 Mac 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2017 –  Di sebalik ketangkasan tubuh selaku seorang gimnas, Nur Eli Ellina Azmi cenderung bermain muzik.

Piano, organ dan biola menjadi santapan jiwa mudanya jika tidak dikerah melenturkan tubuhnya melakukan rutin di gelanggang gimnastik artistik.

Namun fokusnya terarah kepada rutin harian selaku gimnas elit negara.

Anak didik Nataliya Sinkova ini sedang giat menjalani latihan menjelang Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos nanti kerana dia berazam mempertahankan satu tradisi yang membanggakan keluarganya.

Bapanya Azmi Hassan adalah ahli perniagaan dan presiden Persatuan Gimnastik Putrajaya. Allahyarhamah ibunya, Azizah Juno, pernah menjawat tugas bendahari Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Abangnya Mohd Azzam, yang kini bertugas di Kementerian Belia dan Sukan, adalah pemenang pingat emas berpasukan di Sukan SEA Manila 2005, disusuli gangsa berpasukan di Korat 2007.

Kakaknya Nur Ily Ilyana pula menjadi hakim gimnastik dan seterusnya memikul tugas selaku jurulatih selepas mengharumkan nama Selangor dalam sukan yang sama.

Tidak hairanlah Eli yang juga anak bongsu daripada lima beradik, harus tampil cemerlang dalam gimnastik artistik.

“Dulu ibu bapa dan abang kakak menemani saya curi-curi berlatih di dewan pada sebelah malam semata-mata memastikan minat saya disemai,” katanya yang meminati lagu slow rock.

Penuntut jurusan sains sukan dan rekreasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Eli bukan muka baharu dalam Sukan SEA.

Jika ditakdirkan terpilih untuk cabaran Ogos nanti, ia bakal menjadi penampilan ketiga buat Eli.

Pada penyertaan sulungnya, Eli membawa pulang pingat perak dalam acara batang titian di Palembang 2011.

Sesudah Myanmar menggugurkan gimnastik pada edisi 2013, skuad negara bangkit cemerlang, mengutip emas berpasukan di Singapura pada Jun 2015, menerusi gandingan Eli bersama Farah Ann Hadi, Tracie Ang, Tan Ing Yueh, Lavinia Raymund Jayadev dan Siti Nur Bahirah Ahmad sukan.

Skuad negara akan beraksi dalam lima disiplin – batang titian, palang bertingkat, melombol, senaman lantai dan berpasukan – bagi merebut peluang mengharumkan nama negara di depan penyokong sendiri.

Sama ada Eli meraih emas atau pingat sebarang warna dalam acara berpasukan mahupun individu, gadis cilik ini harus mengalunkan satu nota kemenangan untuk ditujukan kepada keluarga tercinta.

BIODATA

Nur Eli Elliana Azmi

Tarikh lahir: 11 September, 1995

Tinggi: 148sm

Berat: 46kg

Keluarga: Azmi Hassan (bapa), Allahyarhamah Azizah Juno (ibu), Mohd Azzam, Nur Ily Ilyana, Muhammad Azzri, Muhammad Azzim

Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Sekolah Sukan Bukit Jalil, kini Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM Shah Alam

Makanan kegemaran: Assam laksa, lai chee kang

Pencapaian: Emas batang titian dan melombol individu, gangsa senaman lantai Kejohanan Terbuka Gimnastik Artistik Singapura 2016, emas senaman lantai, gangsa berpasukan dan batang titian Sukma 2016, emas berpasukan Sukan SEA 2015, tangga kelapan berpasukan Sukan Komanwel 2014, gangsa berpasukan  Kejohanan Jemputan Komanwel 2014, dua emas individu Sukma 2012, perak batang titian Sukan SEA Palembang 2011.

ELI DAN TRADISI EMAS DALAM KELUARGA

Dihantar pada : 16 Mac 2017 | Berita,Berita Sukan SEA